Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Canselor Jerman lawat S'pura

Nov 12, 2022 | 05:30 AM



CANSELOR Jerman, Encik Olaf Scholz, akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura, lusa.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya berkata, ini adalah lawatan sulung Canselor Scholz ke republik ini sebagai Canselor Persekutuan Jerman, "sekali gus mengesahkan hubungan baik Singapura-Jerman, yang didukung oleh interaksi peringkat tinggi secara kerap dan kerjasama meluas merentas pelbagai sektor".



Susuli ucapannya di Persidangan Asia Pasifik bagi Perniagaan Jerman ke-17, Canselor Scholz akan menghadiri majlis selamat datang di Istana sebagai penghormatan untuknya.



Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah Yacob dan bertemu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga akan meraikan Encik Scholz dalam satu majlis jamuan malam.



Sejenis bunga orkid hibrid akan dinamakan sempena nama beliau sebagai penghormatan atas kunjungannya ke negara ini, dan akan mengadakan satu sidang akhbar bersama dengan Encik Lee.



Canselor Scholz akan diiringi pegawai kanan dari Canseleri Persekutuan Jerman dan delegasi perniagaan terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat utama Jerman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >