Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CapitaLand hulur bantuan untuk warga India tangani Covid-19

May 21, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT pemaju hartanah Singapura, CapitaLand dan CapitaLand Hope Foundation (CHF) akan membeli lebih 1,200 bekalan perubatan kecemasan bagi membantu penduduk India dalam menangani Covid-19.



Ia akan menghantar katil unit kecemasan rapi (ICU), pelitup muka, peralatan perlindungan peribadi, alat oksigen dan membentuk pusat penjagaan Covid di Taman Teknologi Antarabangsa Bangalore.



Ia akan menggunakan sebahagian dana hampir $9 juta diikrarkan bagi menyokong keperluan masyarakat di negara-negara yang mereka beroperasi termasuk Singapura, China dan India.



CapitaLand akan juga menyokong pemasangan dan pengendalian loji penjana oksigen sebesar 60 tan metrik di Hospital Pemerintah Stanley di Chennai.



Setakat ini, CapitaLand telah memberikan komitmen sebanyak $3.2 juta bagi menyokong usaha bantuan Covid-19 di India.



Memanfaatkan rangkaian dan sumber sejagat Covid-19, bekalan perubatan kecemasan pertama Covid-19 yang meliputi peralatan oksigen dihantar ke India kelmarin.



Bagi beberapa minggu mendatang, lebih banyak bekalan akan dihantar ke hospital pemerintah di beberapa bandar termasuk Haryana, Karnataka, Maharashtra, Tamil Nadu dan Telangana, termasuk sembilan katil ICU ke Hospital Besar Jayanagar dan Hospital Leprosy Hospital di Bangalore.



"CapitaLand telah menyumbang kepada masyarakat setempat di India selama 27 tahun dan ia amat penting untuk kami bersatu dengan India dalam tempoh sukar ini...



"Kami akan melakukan segalanya untuk menjaga pekerja kami di India dan membantu memenuhi keperluan yang penting di negara ini. CapitaLand sedang menggerakkan sumber kami di beberapa negara di India bagi memastikan bekalan perubatan penting dan sokongan sampai kepada mereka yang memerlukan,'' kata presiden CapitaLand Financial Encik Jonathan Yap.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) Taman Perniagaan CapitaLand India, Encik Vinamra Srivastava berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pemerintah peringkat negeri untuk mengenak-pasti keperluan hospital setempat dan memastikan bekalan perubahan dihantar secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >