Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara baru laksana idea lebih pantas tumbuh ekon pasca-Covid-19

DPM Heng: Pelaksanaan dalam lapan bidang tumpuan yang telah dikenal pasti
Nov 20, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang mencuba cara kerjasama baru antara agensi awam dengan sektor privet untuk merancak pertumbuhan ekonomi yang memperuntuk pelaksanaan idea lebih pantas dalam lapan bidang tumpuan yang telah dikenal pasti.



Tujuh perikatan yang dipimpin industri dalam bidang-bidang tumpuan itu juga telah dibentuk sejak Jun lalu dan masing-masing sedang bekerjasama dengan pemerintah untuk melaksanakan prototaip untuk diuji meskipun strategi belum muktamad dan bersedia menyesuaikan prototaip itu berdasarkan perubahan yang timbul.



Satu lagi perikatan, dalam bidang teknologi perubatan pula sedang dibentuk, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)



Tujuh Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama (AfA) yang telah dibentuk itu adalah bagi pendigitalan rantaian bekalan, membina ekosistem berdaya tahan, pendigitalan sektor binaan, perdagangan bijak, huraian robotik, pengalaman pelawat selamat dan inovatif, serta teknologi pendidikan.



Mengumumkan pendekatan baru ini semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, berkata ia berbeza dengan pendekatan yang diambil sebelum ini kerana AfA memberi penekanan kepada pelaksanaan segera idea yang difikirkan sementara usaha bagi matlamat jangka pertengahan dan jangka panjang berhubung idea tersebut masih diteruskan.



Encik Heng, yang juga pengerusi Majlis Ekonomi Masa Depan (CFE) dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata perubahan ekonomi, terutama yang dirangsang Covid-19, berlaku begitu pesat dan ada keperluan untuk mengadakan dan menguji huraian secara lebih segera dan dengan melibatkan kerjasama privet-awam lebih luas.



"Penekanannya adalah untuk mengambil tindakan pantas bagi menghasilkan huraian prototaip dan pada masa yang sama, meneroka cara untuk memperluas huraian bukan sahaja bagi serata ekonomi malah ke luar negara," kata Encik Heng.



Dalam kenyataannya, MTI berkata cara ini serupa dengan pendekatan yang diambil oleh syarikat 'start-up' atau permulaan yang menguji sesebuah produk atau huraian baru sebelum ia dibangunkan sepenuhnya.



Menurut Encik Heng, lebih banyak AfA akan dilancarkan di masa depan, sedang Singapura terus memperdalam keupayaan dan menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi dunia yang berubah dan dipercepatkan oleh Covid-19 Encik Heng berkata demikian di sidang media maya yang diadakan oleh Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) semalam.



EST, yang ditubuhkan pada Mei lalu di bawah naungan CFE, antara lain bertujuan membimbing usaha jangka lebih panjang bagi menangani cabaran ekonomi yang berubah dalam dunia pasca-Covid-19.



Ia dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSA International Group Tan Chong Meng.



Di sidang media itu, Encik Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, berkata ekonomi masa depan Singapura perlu terus terhubung dengan dunia dan sebarang pertumbuhan perlu dilaksanakan dengan cara berdaya tahan bagi sekitaran, ekonomi dan rakyat.



Semalam, EST juga mengumumkan enam anggota baru, termasuk pengarah di Temasek Life Sciences Laboratory Dr Azlinda Anwar dan Ketua (Sains Hayat) di Temasek International Encik Fidah Alsagoff.



Menurut Encik Heng, pemerintah akan terus memperluas bidang yang diwakili EST supaya ia dapat mengambil kira pandangan yang lebih berbeza-beza.



"Kita perlu bertekad untuk bangkit lebih kukuh daripada krisis ini dan membangun ekonomi yang lebih terhubung dan berdaya tahan, supaya kita boleh menawarkan kerja dan peluang yang baik bagi rakyat," ujar Encik Heng.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >