Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara inovatif urus sumber di Pulau Jurong sebahagian usaha kurangkan kos

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT-SYARIKAT di Pulau Jurong telah mendapatkan cara inovatif untuk menguruskan sumber sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos dan memenuhi sasaran kemampanan sekitaran.



Sebagai contoh, Sembcorp Industries, telah diberikan lesen untuk menguruskan utiliti yang dikongsi bersama, khidmat dan prasarana bersepadu di Pulau Jurong.



Untuk memperbaiki kadar pemulihan "waste heat" atau pembaziran haba - satu produk bersama proses pertanian - Sembcorp telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang dan Universiti Shanghai Jiao Tong untuk membangunkan penyejuk penyerapan lanjutan.



Dengan menggunakan air laut bagi penyejukan secara langsung, penyejuk penyerapan itu boleh menyelamatkan sehingga 60 peratus haba daripada kondensasi panas, berbanding 30 peratus sebelum ini.



Kondensasi panas kemudian dimanfaatkan dan disalurkan untuk memberi kuasa kepada penghasilan air sejuk, yang kemudian dibekalkan kepada pelanggan.



Tahun lalu, inisiatifnya membantu lebih daripada tiga juta meter kubik pembuangan air perindustrian dan mendapatkan semula lebih 340,000 tan pembuangan sisa untuk menjana semula tenaga.



Sembcorp telah memperkenal pelbagai projek pengoptimuman tahun lalu untuk secara berkumpulan menjimatkan sekitar 8,250MWh elektrik dan 16,000 meter kubik air.



Syarikat ExxonMobil juga telah berjaya mengurangkan sisa yang dihasilkan oleh bangunan kemudahannya.



Ia juga sedang bekerjasama dengan firma huraian sekitaran Zerowaste Asia untuk menilai peluang mengitar semula dan menukar sisa daripada kemudahan operasinya bagi kegunaan berpotensi dalam melakarkan jalan pejalan kaki dan pelanskapan.



Dalam jangka masa panjang, Pusat Tenaga Singapura, sebuah konsortium yang dibiayai anggota industri, termasuk ExxonMobil, akan meninjau pembangunan huraian untuk mengurangkan pengeluaran karbon dari sumber kuasa dan perindustrian.



Kajian berterusan termasuk potensi untuk menarik karbon dari udara dan menyimpannya di rantau ini yang mungkin membantu mengurangkan pengeluaran karbon Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >