Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: GAYA HIDUP AKTIF

Sukan 'paintball' bukan sekadar suka-suka

Sudah belanja lebih $20,000 demi minat
Jun 23, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI peminat sukan lasak pemacu hormon adrenalina, sukan paintball telah mencetus minat Encik Osman Ramli bergiat dalam bidang itu.



Encik Osman, 54 tahun, mula bermain paintball secara kompetitif sejak 2011.



"Pertama kali saya mencuba paintball adalah bersama rakan-rakan kerja lama dalam satu kegiatan sesi mengeratkan hubungan di Johor Bahru beberapa tahun llau.



"Semasa pertama kali bermain permainan itu, saya menyedari bahawa di padang bersebelahan terdapat kubu-kubu dan saya lihat ada kumpulan yang sedang bersaing bermain paintball.



"Menyaksikan mereka bermain sebegitu, saya dapati permainan kompetitif paintball sangat menarik, lasak dan memberi adrenalina yang menyeronokkan," cerita Encik Osman, seorang pekerja penghantar makanan semasa diwawancara Berita Harian.



Sebelum bergiat dalam permainan paintball, Encik Osman bermain hoki dan berlari maraton, dan mendaftar menyertainya kira-kira tiga kali setahun.



Sejak mencuba paintball, minatnya berkembang sehingga beliau membentuk pasukan bersama rakan kerja lamanya dan menyertai pertandingan paintball kompetitif.



Beliau juga mencari lebih ramai orang untuk ikut bermain dan mendaftarkan pasukannya dalam beberapa pertandingan.



"Sukan ini seronok tetapi tidak sesuai untuk semua.



"Selain komitmen dan masa yang diluangkan, kos perbelanjaan untuk terus bermain sukan ini agak tinggi," kata bapa tiga anak itu.



Menurutnya, terdapat peralatan dan pakaian khusus untuk bermain paintball sebagai perlindungan, jika bermain secara kompetitif.



Peralatan seperti senapang dan peluru catnya juga harus disediakan sendiri, jelasnya.



Selama 11 tahun dalam sukan itu, Encik Osman berkata beliau mungkin telah membelanjakan lebih $20,000 dalam permainan itu.



"Sukan ini memang seronok. Ramai yang minat untuk bermain namun apabila mereka mendapat tahu tentang kos perbelanjaannya, ramai yang berundur," kata beliau.



Kegiatan dan penglibatannya bermain paintball terhenti pada 2020 ekoran pandemik.



Namun beliau tetap berjumpa anggota pasukan paintball-nya untuk bersembang kerana menurutnya, beliau mempunya hubungan erat dengan mereka.



"Apabila mendapat tahu bahawa sekatan peraturan sudah dilonggarkan, kami tidak berlengah dan cuba menempah tempat untuk bermain paintball bersama semula," ujarnya.



Sebelum pandemik, kumpulan itu kerap ke di Johor Bahru untuk berlatih kerana padang yang lebih luas.



Menurut Encik Osman, sukan paintball di Malaysia lebih popular kerana mereka telah bermain sukan itu lebih lama dari Singapura.



Sebagai pemain paintball berpengalaman, Encik Othman telah mewakili Singapura dalam banyak pertandingan paintball di beberapa negara seperti Australia, Filipina dan Thailand.



Beliau dan pasukannya telah mengharumkan nama Singapura dan pasukannya juga telah memenangi siri juara paintball Singapura dalam Divisyen 4 dan Divisyen 3.



Kini, dengan sempadan sudah dibuka semula, Encik Othman ghairah mengatur rancangan ke seberang Tambak untuk berlatih dan menyertai pertandingan-pertandingan yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.



"Untuk bermain sukan ini, minat amat penting. Sebagai pemain, kita juga harus bersikap rendah hati dan terbuka untuk belajar daripada pemain lain.



"Walaupun sudah berpengalaman, saya masih terbuka untuk belajar dan menerima nasihat daripada pemain lain.



"Walau usia saya semakin lanjut, selagi saya masih berupaya bermain paintball, saya akan terus main," kata beliau.



Beliau berharap sukan paintball akan semakin meluas dan lebih dikenali dan diketahui ramai.



"Jangan segan atau takut untuk cuba sukan ini," tambahnya sambil berharap sukan itu akan diiktiraf sebagai sukan ekstrem menjelang 2030.




"Pertama kali saya mencuba paintball adalah bersama rakan-rakan kerja lama dalam satu kegiatan sesi mengeratkan hubungan di Johor Bahru beberapa tahun llau.

Semasa pertama kali bermain permainan itu, saya menyedari bahawa di padang bersebelahan terdapat kubu-kubu dan saya lihat ada kumpulan yang sedang bersaing bermain paintball.

Menyaksikan mereka bermain sebegitu, saya dapati permainan kompetitif paintball sangat menarik, lasak dan memberi adrenalina yang menyeronokkan...

Sukan ini seronok tetapi tidak sesuai untuk semua. Selain komitmen dan masa yang diluangkan, kos perbelanjaan untuk terus bermain sukan ini agak tinggi,"

- Encik Osman Ramli.




CARA MAIN 'PAINTBALL'



DUA pasukan lima anggota akan bersaing untuk merampas bendera pasukan musuh.

Setiap pemain harus mengelak ditembak peluru cat untuk kekal dalam permainan. Jika ditembak, anggota itu disingkir.

Setiap permainan berlangsung sekitar enam hingga 15 minit, bergantung format pertandingan.

Bergantung jumlah pasukan yang bertanding, pertandingan dibuat mengikut format pusingan robin (apabila juara saling bertanding), sehingga pasukan yang berprestasi terbaik, diumumkan juara keseluruhan.



SEJARAH PERMAINAN PAINTBALL



PERMAINAN ini bermula pada 1981, hasil ilham dua sekawan, Encik Bob Gurnsey dan Encik Charles Gaines.

Menurut Encik Gaines, ia berputik daripada pengalaman memburu kerbau.

Mereka kemudian terfikir mencipta permainan yang membolehkan mereka mengekori dan memburu lawan.

Pasangan itu menubuhkan syarikat National Survival Game dan menandatangani kontrak dengan syarikat cat, Nelson Paint Company, untuk mengedar barangan paintball termasuk senapang, peluru cat dan topeng pelindungnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >