Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara niaga perlu berubah sedang firma terima kemampanan

See Leng: Syarikat perlu labur dalam kemudahan, keupayaan baru serta nilai semula model perniagaan
Dec 18, 2021 | 05:30 AM



MELABUR dalam kemudahan dan keupayaan baru, malah menilai semula model perniagaan akan diperlukan sedang syarikat mendakap kemampanan, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.



Setiap sektor akan perlu menimbangkan apa lagi yang ia boleh lakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan membantu mencapai cita-cita iklim sejagat Singapura, ujar beliau.



Mengekalkan dan meneruskan perniagaan seperti biasa bukan satu pilihan, kata Dr Tan dalam ucapan di pelancaran Menghijaukan Rantaian Bekalan di Supply Chain City di Bulim Avenue semalam.



Bagi sektor logistik, beliau berkata syarikat yang dapat menggabungkan kemampanan dalam strategi jangka panjang mereka akan dapat merebut peluang pertumbuhan dan memperkukuh daya ketahanan perniagaan mereka.



"Huraian hijau boleh disepadukan ke dalam segmen berlainan rantaian nilai logistik - daripada penyimpanan hingga ke pengangkutan - untuk mempertingkat produktiviti dan mengurangkan jejak karbon kita," kata beliau.



Dr Tan memberi contoh syarikat huraian rantaian bekalan YCH Group dan syarikat berbilang negara P&G yang sama-sama berusaha menyepadukan amalan kemampanan ke dalam operasi logistik P&G.



Ini kali pertama dua syarikat itu bekerjasama untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan kemampanan sebagai tumpuan, dan juga kerjasama hijau pertama yang dibina YCH bersama pelanggannya, di Singapura dan sekitar rantau Asia Pasifik.



Selain itu, Dr Tan berkata YCH mengambil langkah-langkah lain untuk menyepadukan kemampanan dalam operasinya.



Ini termasuk memasang 8,000 panel suria di atas bumbung bangunan Supply Chain City, mengerahkan peralatan untuk mengoptimumkan operasi pengedaran dan mengurangkan penggunaan tenaga, dan memberi komitmen akan menjadikan semua kenderaan mereka kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.



Namun, untuk beralih kepada masa depan rendah karbon dalam logistik, Dr Tan berkata syarikat juga akan perlu melengkapi pelaburan mereka dengan teknologi baru dan latihan tenaga kerja.



Ini demi memastikan kakitangan dapat menyesuaikan diri dan mengikuti perkembangan cara bekerja baru.



Majikan yang memerlukan bantuan bagi usaha kemampanan mereka boleh menyertai Program Kemampanan Perusahaan yang dilancarkan Enterprise Singapore (ESG) awal tahun ini.



"Program ini menawarkan sokongan seperti bengkel latihan dan pensijilan bagi perusahaan untuk mempermudah keupayaan dan pembangunan tenaga kerja mereka dalam kemampanan.



"Saya berharap program ini akan menggalak lebih banyak perusahaan menyepadukan kemampanan dalam setiap aspek perniagaan mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >