Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara pemerintah tangani Covid-19 antara isu 'penting' semasa buang undi

Kewujudan pemerintah yang cekap dan perlu adanya pandangan berbeza di Parlimen turut jadi pertimbangan utama
Oct 02, 2020 | 05:30 AM



SEMENTARA cara pemerintah tangani keadaan Covid-19 di sini memainkan peranan penting membentuk keputusan mereka semasa mengundi dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), responden dalam satu tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) berkata terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada keputusan mereka itu.



Menurut tinjauan IPS menyusuli GE2020 itu, 89 peratus responden menganggap cara pemerintah menangani Covid-19 sebagai penting atau amat penting.



Membentangkan hasil dapatan tinjaun itu, Zamil Poskedoktoran Makmal Sosial IPS, Dr Teo Kay Key, berkata ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang lebih berusia iaitu 55 tahun dan ke atas, mereka yang berpendapatan rendah dan berpendidikan rendah dari peringkat menengah ke bawah.



Namun, terdapat isu lain yang memainkan peranan penting membentuk keputusan responden semasa di kotak mengundi pada 10 Julai lalu.



Ini termasuk keperluan bagi pemerintah yang cekap, yang menurut Dr Teo menjadi keprihatinan utama orang ramai sejak 2006, khususnya dalam kalangan golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) serta mereka yang mempunyai pendidikan di peringkat diploma dan universiti.



"Apabila kita lihat senarai isu yang dianggap amat penting, Covid-19 antara yang disebut. Namun, jumlahnya tidak setinggi isu lain.



"Keperluan bagi pemerintah yang cekap mendahului senarai itu, diikuti dengan keadilan dasar pemerintah. Ini tetap lebih penting (kepada responden) berbanding isu Covid-19.



"Oleh itu, isu Covid-19 mungkin menjejas pandangan mereka berhubung hal tertentu tetapi bukan satu-satunya faktor yang menjejas undi orang ramai," katanya.



Malah apabila dibanding dengan hasil dapatan tinjauan serupa menyusuli pilihan raya umum pada 2015, jumlah responden yang menganggap tiga isu - keadaan pekerjaan, kos sara hidup dan keperluan bagi pandangan berbeza di Parlimen - sebagai amat penting tahun ini dan meningkat dengan ketara.



Malah, keadaan pekerjaan dan kos sara hidup lebih-lebih lagi penting bagi mereka yang berusia 30 hingga 54 tahun dan mereka yang pendapatan isi rumahnya antara $2,000 dengan $6,999 sebulan.



Ini menunjukkan bahawa mata pencarian, lebih-lebih lagi di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang, menjejas undi responden yang bekerja dan berpendapatan rendah hingga pertengahan.



Pakar sosiologi di Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Madya Tan Ern Ser, berkata Covid-19 menjejas jaminan pendapatan dan pekerjaan secara langsung.



Tambahnya, isu kos sara hidup pula sudah lama menjadi keprihatinan responden.



"Bagi mereka yang terjejas oleh Covid-19, pastinya ini mempengaruhi cara mereka mengundi," ujarnya.



Selain Dr Teo dan Dr Tan, pasukan yang menjalankan tinjauan itu turut dianggotai Timbalan Pengarah Penyelidikan IPS, Dr Gillian Koh, serta pegawai penyelidikan di IPS, Encik Damien Huang.



Dengan kegiatan berkempen semasa GE2020 rata-ratanya dijalankan di dalam talian ekoran pelbagai langkah pengurusan selamat, tinjauan itu juga mendapati bahawa Internet merupakan saluran komunikasi yang paling penting bagi responden.



Ini lebih-lebih lagi penting bagi pengundi yang berusia 21 hingga 49 tahun serta golongan PMET, serupa dengan hasil dapatan pada 2015.




Malah menurut Dr Teo, rapat di dalam talian juga penting bagi golongan paling muda yang ditinjau iaitu berusia 21 hingga 29 tahun, golongan PMET dan kelas pertengahan, berpendapatan $5,000 hingga $6,999 serta mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya peringkat pos menengah.



Dalam pada itu, responden juga menganggap Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai parti politik paling berwibawa, diikuti dengan Parti Pekerja (WP), Parti Kemajuan Singapura (PSP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP) dan kemudian Parti Suara Rakyat (PV).



Tinjauan itu juga mendapati bahawa jumlah mereka yang bersikap konservatif berkurangan daripada 44.3 peratus pada 2015 kepada 18.5 peratus tahun ini. Antara ciri mereka yang konservatif ialah mereka yang tidak setuju perlu perubahan dalam sistem pilihan raya, tidak mahu pandangan berbeza dan tidak merasakan 'kawal dan imbang' di Parlimen penting.



Sementara itu, jumlah mereka yang mempunyai pandangan yang bercampur pula meningkat daripada 37.8 peratus pada 2015 kepada 59.2 peratus tahun ini.



Jumlah mereka yang bersikap pemajmuk (pluralist) pula meningkat, daripada 18 peratus pada 2015 kepada 22.4 peratus tahun ini. Golongan ini inginkan perubahan dalam sistem pilihan raya, serta inginkan 'kawal dan imbang' dan pandangan berbeza di Parlimen.



Dalam GE tahun ini, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen dengan peratusan undi sebanyak 61.24 peratus, kemerosotan daripada 69.9 peratus yang diterimanya dalam GE 2015.




ANTARA DAPATAN TINJAUAN



  • 89 peratus responden anggap cara pemerintah tangani Covid-19 penting dan amat penting

  • Keperluan bagi pemerintah yang cekap paling penting bagi responden

  • Jumlah responden yang anggap soal pekerjaan, kos sara hidup dan keperluan bagi pandangan berbeza di Parlimen sebagai amat penting meningkat paling banyak dalam GE2020 berbanding GE2015

  • Responden anggap PAP parti paling berwibawa, WP di tempat kedua

  • Golongan dengan status sosio ekonomi (SES) lebih tinggi dan golongan lebih muda lebih berkemungkinan bersikap pemajmuk (pluralist)

  • Internet saluran komunikasi paling penting bagi responden dalam GE2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >