Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara S'pura kurangkan pesalah bentan tarik minat antarabangsa: Amrin

Penyalah guna dadah Melayu berkurangan sehingga separuh daripada 3,200 pesalah pada 1993 kepada sekitar 1,700 orang kini
Oct 30, 2019 | 05:30 AM



USAHA sama antara pemerintah dengan masyarakat Singapura telah banyak membantu dalam menangani kadar kebentanan pesalah kaum minoriti sepanjang sedekad lalu, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, di persidangan Persatuan Pemulihan dan Penjara Antarabangsa di Buenos Aires, Argentina semalam.



Menurutnya kadar itu penting kerana seperti banyak negara, Singapura juga mempunyai jumlah pesalah kaum minoriti yang membentuk peratusan tinggi.



Dalam penyampaiannya, Encik Amrin berkata skim dan geran pemerintah yang diperkenalkan sejak bertahun lamanya telah membantu memastikan isu perumahan, jagaan kesihatan dan pendidikan kekal dalam kemampuan.



"Ini telah membolehkan majoriti warga Singapura untuk mengekalkan sekitaran rumah yang selamat dan membentuk unit keluarga yang kukuh.



"Ini kemudian mengurangkan kemungkinan berlakunya kesalahan dan kesalahan yang dilakukan antara generasi," kata beliau.



Persidangan tahunan itu dihadiri sekitar 450 karyawan dan pakar dari 70 negara.



Mereka terdiri daripada kakitangan pemerintah agensi pemulihan negeri, kumpulan akademik dan institusi perkhidmatan sosial.



Tema persidangan tahun ini yang berlangsung mulai 27 Oktober hingga 1 Oktober adalah 'Mengukuhkan Asas Pemulihan Kita: Hak, Martabat, Keselamatan dan Sokongan'.



Dalam mesejnya kepada akhbar ini, Encik Amrin berkata ramai peserta melahirkan rasa kagum dan meluahkan hasrat mempelajari pendekatan yang menyeluruh Singapura - dengan mengambil sikap peduli akan keperluan rakyat dan kaum minoriti.



"Mereka juga ingin tahu cara masyarakat menggembleng ahli-ahlinya supaya menjadi huraian, menjadi sukarelawan sebagai pendamping, kaunselor agama dan keluarga, bersatu padu, memperkasa diri dan semangat juang yang tidak mudah pudar atau padam.



"Mereka juga kagum dengan sistem unik Singapura yang membuahkan hasil yang baik - contohnya kadar kebentanan yang semakin berkurangan," jelasnya.



Berucap kelmarin (waktu setempat) Encik Amrin yang memimpin delegasi pegawai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), berkata terdapat keinginan pihak antarabangsa terhadap masyarakat minoriti dan Singapura ditanya bagaimana ia mampu mencapainya.



Jawapannya: "Masyarakat yang bersungguh-sungguh dan kaya sumber, didorong pemerintah yang menyokong.



"Terdapat keinginan antarabangsa yang tinggi dalam masyarakat minoriti," ujar beliau.



Dalam banyak negara, kaum minoriti membentuk peratusan tinggi dalam kalangan pesalah.



"Orang asli Australia, membentuk 2 peratus penduduk, dan 28 peratus merupakan banduan. Orang asli Canada, 5 peratus (penduduk), dan 28 peratus banduan. Maori New Zealand, 15 peratus (penduduk), dan 51 peratus banduan," katanya.



Menurut Encik Amrin, Singapura telah mencapai kemajuan dalam hal ini.



Seperti contoh, penyalah guna dadah Melayu telah berkurangan sehingga separuh daripada 3,200 pesalah pada 1993 kepada sekitar 1,700 orang kini.



Penyalah guna dadah India juga berkurangan dengan banyak sepanjang tempoh itu.



Persalah, termasuk kaum minoriti, yang kembali ke kancah dadah dalam tempoh dua tahun juga telah berkurangan, katanya.



Dalam catatan Facebook beliau, Encik Amrin berkata pencapaian tersebut diperolehi menerusi "sistem eko".



Beliau memetik beberapa program dan kempen seperti Dadah itu Haram serta program rumah peralihan Jamiyah dan Pertapis yang menyokong bekas pesalah kembali ke pangkuan masyarakat dalam usaha mencegah kadar kebentanan dan menyokong pemulihan pesalah Melayu - yang merupakan daya usaha pemerintah dan masyarakat.




"Mereka juga ingin tahu cara masyarakat menggembleng ahli-ahlinya supayamenjadi huraian, menjadi sukarelawan sebagai pendamping, kaunselor agama dan keluarga, bersatu padu, memperkasa diri dan semangat juang yang tidak mudah pudar atau padam. Mereka juga kagum dengan sistem unik Singapura yang membuahkan hasil yang baik - contohnya kadar kebentanan yang semakin berkurangan."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >