JIKA kebanyakan masjid di Singapura perlu menganjurkan pelbagai kegiatan mengumpul dana sebelum dapat memulakan projek peningkatan, Masjid Al-Huda tidak perlu berbuat demikian.
Ini kerana masjid yang terletak di Jalan Haji Alias itu menggunakan model pembiayaan yang diberi nama Peningkatan-Bina-Jual.