GANESHA, lembu jantan yang melarikan diri dari kandangnya masih dicari.
Sekitar 15 pegawai dari Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) dilihat di sekitar kawasan Viknesh Dairy Farm di Lim Chu Kang pagi semalam bagi mencari lembu jantan berusia dua tahun yang berwarna hitam putih itu.