Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cari pembantu rumah kini mencabar, ada kos tambahan

Keluhan beberapa agensi, keluarga tanggung kos lebih tinggi, syarat lebih ketat
Sep 18, 2020 | 05:30 AM



MENDAPATKAN pembantu rumah dalam tempoh pandemik ini adalah lebih sukar dan lebih mahal.



Malah, cabaran yang dihadapi agensi pembantu rumah untuk membawa masuk pembantu rumah asing (FDW) ke Singapura dan bagi majikan yang ingin mendapatkan pembantu rumah kini lebih genting, kata agensi pembantu rumah dan persatuan agensi pembantu rumah di sini.



Beberapa agensi pembantu rumah yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata kos mendapatkan FDW dalam tempoh pandemik ini telah bertambah sekitar 30 peratus.



Ini sedang pendapatan agensi pembantu rumah merosot sekurang-kurangnya 70 peratus pada masa ini.



Antara lain, majikan perlu menampung kos tambahan bagi langkah keselamatan Covid-19 seperti penginapan sebanyak $1,700 dan bagi ujian swab Covid-19 iaitu $300.



Pengarah urusan agensi pembantu rumah Imtidad Pte Ltd, Encik Muhammed Zacree Mohd Zain, berkata meskipun pendapatannya terjejas, ia terpaksa menanggung sebahagian kos tambahan bagi membantu bakal majikan yang benar-benar memerlukan pembantu rumah.



Ia juga satu strateginya untuk menarik pelanggan, kata Encik Zacree.



"Sebagai perniagaan, saya perlu melakukan apa yang perlu demi dapat bertahan," ujar beliau.



Agensi pembantu rumah, yang tidak dianggap sebagai penyedia khidmat penting, antara perniagaan yang paling teruk terjejas sejak tempoh pemutus litar dilaksana di Singapura sehingga Jun lalu.



Menurut Persatuan Agensi Pekerjaan Singapura (AEAS), terdapat sekitar 1,100 agensi pembantu rumah yang aktif di Singapura.



Namun, meskipun mereka kini dibenar menyambung semula operasi, agensi pembantu rumah bergelut untuk bertahan dan terpaksa membuat penyesuaian untuk meneruskan operasi.



Pengurus Hikmah Employment Agency, Cik Farah Fauziah Mohd Noordeen, berkata pendapatan syarikatnya bukan sahaja berkurangan, malah separuh daripada 30 kakitangannya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga keadaan pulih.



Presiden AEAS, Cik K. Jayaprema, berkata berdasarkan maklum balas anggotanya, terdapat agensi pembantu rumah yang terpaksa menutup kedai dan menjalankan operasi dari rumah untuk mengurangkan kos.



Proses untuk membawa masuk FDW ke Singapura juga kini mempunyai beberapa syarat tambahan berhubung langkah keselamatan bagi Covid-19.



Sebelum membawa masuk FDW ke Singapura, majikan atau agensi pembantu rumah itu perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebelum pembantu rumah daripada luar negara itu dibenarkan memasuki Singapura.



Menurut laman MOM itu, setibanya ke Singapura, semua FDW perlu mematuhi perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di pusat yang diperuntuk khas bagi tujuan itu.



Mereka juga perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum tempoh SHN mereka berakhir, kata MOM.




Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >