Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cari pereka bantu lestarikan kraf tradisional

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



BAGAIMANAKAH kita melibatkan masyarakat untuk menghasilkan produk moden yang kaya dengan unsur-unsur kraf tradisional berbilang kaum di sini, seperti lukisan rangoli India, anyaman ketupat Melayu, tanglung Cina serta manik dan sulaman Peranakan?



Baru-baru ini, Lembaga Warisan Nasional (NHB) telah mengundang pereka tempatan dan studio reka bentuk untuk menghasilkan produk inovatif, dengan kerjasama pengamal kraf tradisional tempatan, yang menerapkan unsur tradisional dan diharap boleh meningkatkan kesedaran mengenai kraf tradisional Singapura yang kaya dan unik.



Diadakan buat julung-julung kali, panggilan terbuka Craft X Design 2021, itu sebahagian usaha NHB di bawah Pelan Warisan SG kami untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat yang lebih besar mengenai warisan budaya Singapura yang tidak ketara



Pada masa yang sama usaha ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah berlainan untuk mempamerkan perdagangan dan kraf tradisional di sini.



Seramai empat pengamal kraf tradisional telah dikenal pasti untuk mengambil bahagian dalam NHB Craft X Design kali ini, termasuk Cik Anita Tompang yang berpengalaman hampir 50 tahun menganyam ketupat, sejak beliau pertama kali melakukan sedemikian pada usia sembilan tahun.



Mewakili kaum lain ialah pengamal kraf masing-masing seperti Encik Jimm Wong yang menghasilkan tanglung Cina; Cik Vijaya Mohan yang menghasilkan Rangoli dan juga Encik Raymond Wong yang merupakan pakar seni tradisional manik dan sulaman Peranakan.



Kumpulan pengamal veteran ini akan bekerjasama bersama empat pereka tempatan atau studio reka bentuk selepas panggilan terbuka 10 minggu, untuk bersama-sama menghasilkan produk kontemporari berdasarkan kemahiran kraf mereka dalam jangka masa empat hingga lima bulan.



Kerjasama ini akan berakhir dengan prototaip produk dari setiap pasangan pengamal dan pereka, yang akan dipamerkan di pameran awam di salah satu institusi NHB serta wadah dalam talian NHB dengan dokumentasi gambar dan video proses pembuatan kraf tersebut.



Mengulas mengenai inisiatif ini, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Masyarakat) NHB, Encik Alvin Tan berkata:



" Melalui skim ini, kami berharap dapat meningkatkan profil pengamal kami, menyediakan persekitaran yang selamat untuk pemodenan produk kraf tradisional, dan membantu pengamal mendapatkan akses ke pasaran baru.



"Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat menyumbang kepada kelestarian jangka panjang mereka dan menghidupkan semula industri warisan budaya tidak ketara di Singapura.



Pereka dan studio reka bentuk yang ingin menyertai usaha ini perlu memenuhi beberapa kriteria untuk layak mengambil bahagian.



Pereka perlu mempunyai pengalaman tiga tahun atau lebih pada masa permohonan dilakukan. Sementara itu, studio reka bentuk yang layak pula sudah menjadi syarikat selama tiga tahun atau lebih semasa pemohonan dilakukan.



Pemohon utama untuk panggilan terbuka ini mestilah warga Singapura atau penduduk tempatan.



Tempoh permohonan berakhir pada 1 October.



Untuk maklumat lanjut mengenai panggilan terbuka NHB Craft X Design, lungsuri go.gov.sg/craftxdesign2021




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >