GEMPA BUMI DI GUNUNG KINABALU
Cari perlindungan di belakang pokok
Pelajar ceritakan dia lihat ada kawannya yang cuba berlindung di belakang batu besar dan ada yang terjatuh
Jun 07, 2015 | 05:30 AM
MASIH trauma, namun dalam keadaan baik.
Begitulah keadaan Emyr Uzayr Mohd Sadri, salah seorang murid Sekolah Rendah Tanjong Katong yang cedera semasa mendaki Gunung Kinabalu dalam satu lawatan luar negara bersama sekolah tersebut setelah gempa melanda Sabah kelmarin.