BAGI menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data, platform dalam talian, Carousell telah menggantung akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya.
Amaran tersebut akan muncul apabila pengguna menerima pautan bukan Carousell yang mungkin tidak selamat.
Ia digunakan bagi mengingatkan mereka bahawa platform dalam talian itu tidak akan meminta bayaran, butiran kad dan bank menerusi laman luar atau dalam alamat e-mel.
Pada Disember lalu, sekitar $1 juta lesap libatkan sekurang-kurangnya 1,115 mangsa kepada penipuan pancingan data berikutan pembeli palsu berkaitan Carousell.
Jumlah tersebut melebihi $938,000 yang lesap libatkan sekurang-kurangnya 975 mangsa pada platform itu antara Januari dengan November lalu, kata polis Ahad lalu.
Bagi melindungi pengguna daripada penipuan sedemikian, Persatuan Bank di Singapura (ABS) berkata bank-bank akan melaksanakan langkah-langkah untuk menggagalkan penipu sedemikian, yang mungkin boleh menyebabkan kelengahan dalam transaksi.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Carousell, bank ambil langkah tangani kes tipu pancingan data
Jan 04, 2023 | 05:15 PM