Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cas kereta elektrik dipasang di 5 tempat letak kereta HDB

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



KELOMPOK pertama tempat mengecas kenderaan elektrik di bawah tender perintis antara Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) telah dipasang di lima tempat letak kereta HDB di Jurong West, Punggol Central dan Yishun Avenue 9, serta di Pusat URA.



Lebih 600 tempat mengecas akan secara bertahap dipasang di lebih 200 tempat letak kereta awam menjelang suku ketiga tahun ini.



Demikian diumumkan Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran dalam satu posnya di Facebook semalam.



Encik Iswaran berkata:



"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kelompok pertama tempat mengecas kenderaan elektrik (EV) di bawah tender perintis LTA-URA sudah dipasang di lima tempat letak kereta di Jurong West, Punggol Central dan Yishun Avenue 9, serta di Pusat URA. Tempat mengecas ini akan secara progresif disediakan untuk penggunaan awam dalam beberapa minggu mendatang."



Lima tempat mengecas yang dipasang di tempat letak kereta HDB adalah di Blok 676, 679 dan 635 Jurong West Central 1, Blok 315 Yishun Avenue 9 dan Blok 292 Punggol Central.



"Lebih daripada 600 tempat mengecas akan secara progresif dipasang di lebih 200 tempat letak kereta awam pada suku ketiga 2022," tambah beliau.



Dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang diajukan tiga Anggota Parlimen (AP) - Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol), Encik Melvin Yong (SMC Radin Mas) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Dennis Tan - mengenai kenderaan elektrik di Parlimen bulan lalu, Encik Iswaran berkata terdapat rancangan mengadakan 60,000 tempat mengecas menjelang 2030 dengan 40,000 daripada jumlah tersebut dirancang diletakkan di tempat letak kereta awam dan lagi 20,000 di premis privet.



Buat masa ini, terdapat sekitar 2,200 tempat mengecas bagi kenderaan elektrik di Singapura - 300 daripadanya dipasang oleh pengendali komersil tahun lalu.



"Untuk melakukan ini, kami akan secara progresif mewujudkan tempat mengecas di tempat letak kereta HDB berdasarkan kapasiti elektrik yang ada, dan akan menaik taraf infrastruktur elektrik jika perlu," kata Encik Iswaran dalam jawapan bertulisnya.



Tambahnya, terdapat permintaan kukuh daripada pemilik bangunan privet untuk mewujudkan tempat mengecas kenderaan elektrik di dalam pembangunan komersial seperti di pusat beli-belah dan stesen minyak.



"LTA akan terus memantau trend penggunaan kenderaan elektrik dan meningkatkan penggunaan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik kita jika perlu," katanya.



Encik Iswaran juga mendedahkan di Parlimen bulan lalu bahawa terdapat 1,400 pendaftaran baru bagi kereta elektrik pada separuh kedua tahun lalu.



Bilangan itu membentuk 7.2 peratus jumlah pendaftaran kereta baru dalam tempoh tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >