Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Casa Raudha lantik pengerusi wanita pertama

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



PENGASAS dan pengarah The Whitehatters, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang memberi tumpuan pada pembangunan masyarakat dan aktivisme, Cik Shahrany Hassan telah dilantik sebagai pengerusi baru Casa Raudha.



Cik Shahrany, 46 tahun, yang juga pengerusi wanita pertama Casa Raudha, menggantikan pengerusi terdahulu Encik Hamzah Abdul Mutalib.



Encik Hamzah telah menggalas jawatan itu sejak 2018 hingga Jun tahun ini.



Encik Abdul Hamid Abdullah, 66 tahun, seorang pelatih dan konsultan audit bebas, menggantikan Encik Abdul Rohim Sarip sebagai naib pengerusi baru Casa Raudha.



Encik Rohim, seorang peguam, telah berkhidmat sebagai naib presiden selama tujuh bulan - dari Disember 2020 hingga Jun tahun ini.



"Saya sangat berendah diri dan terharu dilantik sebagai pengerusi wanita pertama Casa Raudha," kata Cik Shahrany, yang mempunyai pengalaman 16 tahun dalam perancangan strategik, pengurusan bakat, pembangunan perniagaan dan pemasaran dalam sektor korporat dan khidmat awam.



Dengan rumah tumpangan wanita Casa Raudha - yang bertanggungjawab memastikan golongan rentan dalam masyarakat selamat daripada keganasan domestik - pesat berkembang, Cik Shahrany merancang mengusahakan kempen kesedaran awam untuk mendekati dan memberi kesan kepada lebih ramai orang.



Beliau menambah Casa Raudha sedang berusaha membangun dan melaksanakan amalan pemulihan, seiring sokongan masyarakat dan rakan kongsi.



"Saya mungkin tidak dapat mengubah dunia, tetapi saya boleh cuba melakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih baik," kata Cik Shahrany.



Encik Hamzah menyifatkan pelantikan Cik Shahrany sebagai "perubahan generasi dalam kepimpinan yang saya percaya akan membawa perspektif segar dan relevan kepada pertubuhan".



Mengulas mengenai pelantikan Encik Abdul Hamid, Encik Hamzah menganggap naib pengerusi baru Casa Raudha itu sebagai "seorang veteran dan individu sangat berpengalaman yang tidak asing kepada sektor pertubuhan amal".



Encik Hamid, seorang mantan akauntan bertauliah Auditor Sistem Maklumat Bertauliah (CISA), yang bersara sebagai pengarah audit di Pejabat Besar Singapura pada Ogos 2017 dan memiliki pengalaman audit selama 38 tahun dalam khidmat awam.



Beliau juga relawan aktif dalam sektor pertubuhan amal dan pertubuhan bukan meraih untung.



"Kepakarannya dalam tadbir urus korporat akan terus membimbing pertubuhan dalam menegakkan amalam terbaik.



"Saya yakin di bawah kepimpinan mereka, Casa Raudha Ltd akan terus berusaha mencapai tujuannya dalam berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik," tambah Encik Hamzah.



Dalam kenyataan Casa Raudha semalam, tujuh anggota lembaga baru juga diumumkan.



Mereka terdiri daripada Encik Hamzah, Encik Abdul Rohim, Encik Zulkarnain Rahim, Encik Fairuz Adam, Cik Rosewati Sukiman, Cik Wileeza A. Gapar dan Dr Nurhidayati Md Suphan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >