Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Casa Raudha tinjau cara tingkat sokongan kembali ke rumah

Jan 01, 2022 | 05:30 AM



CASA Raudha, rumah perlindungan bagi wanita yang didera, sedang meninjau cara untuk meningkatkan sokongan bagi penghuni dalam peralihan untuk kembali ke rumah sendiri.



Ini akan melibatkan usaha membantu pelaku keganasan untuk mengubah sikap mereka, dan juga memperkasa wanita itu sendiri untuk mengubah keadaan.



Atas dasar itulah, Casa Raudha kini menubuhkan divisyen baru untuk memberi tumpuan kepada usaha pemulihan, kata pengerusi rumah itu, Cik Shahrany Hassan.



"Walaupun mereka berada dalam rumah perlindungan krisis, ia tidak secara automatik bermakna perkahwinan akan berakhir kerana kami sedar bahawa ada sebilangan penghuni kami yang kembali ke rumah dan perkahwinan mereka.



"Menyedari perkara ini, kami perlu berusaha memperkasa pemandiri (survivor) untuk mengubah situasi mereka di rumah, agar keganasan domestik itu tidak berulang. Untuk melakukannya, kami perlu melibatkan pasangan mereka, individu yang menimbulkan bahaya itu," kata Cik Shahrany.



Beliau, yang dilantik sebagai pengerusi Casa Raudha pada Jun lalu, berkata demikian dalam satu wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.



Katanya, badan itu sedang melihat beberapa pendekatan dan amalan untuk membantu pelaku keganasan bagi mengubah sikap mereka.



"Dengan mengatasi punca masalah, kami mempunyai peluang lebih baik untuk mencegah keganasan yang berterusan hingga generasi seterusnya.



"Pemulihan harus bermula dari sumbernya," ujar Cik Shahrany.



Katanya, terdapat salah tanggapan mengenai perlindungan krisis seperti Casa Raudha adalah penghuninya digalak untuk memfailkan perceraian apabila mereka mendapatkan perlindungan di rumah itu.



Ini tidak benar, kata Cik Shahrany.



"Apabila wanita itu berada di tempat perlindungan ini, mereka akan diberi kaunseling, serta akses kepada program peningkatan diri dan pemerkasaan serta nasihat guaman jika mereka memerlukannya.



"Kami akan menyediakan sokongan yang diperlukan kepada penghuni kami agar mereka boleh memutuskan tindakan mereka seterusnya," kata Cik Shahrany.



Pihaknya juga membantu dalam peralihan mereka keluar dari rumah tumpangan itu dengan menghubungkan mereka kepada pelbagai pertubuhan yang terus menyediakan bantuan itu, katanya.



Kata Cik Shahrany lagi, lebih banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang apa yang dimaksudkan sebagai penderaan domestik.



"Keganasan domestik lebih daripada setakat tanda yang boleh dilihat seperti lebam dan luka.



"Ia menjejas bukan sahaja wanita. Kami juga melihat lebih banyak kes penderaan kanak-kanak dan ini amat membimbangkan," ujarnya.



Singapura mencatat kes penderaan kanak-kanak yang tertinggi dalam sedekad pada 2020, dengan Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menerima lebih 5,200 pertanyaan.



Justeru, lebih banyak kempen kesedaran yang perlu dilakukan dalam perkara ini, bukan sahaja untuk mendidik orang ramai mengenai tanda keganasan keluarga, bahkan untuk menyampaikan mesej kepada mangsa bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan, kata Cik Shahrany.



Beliau menambah, Casa Raudha akan meneruskan tanggungjawabnya untuk memberi perlindungan kepada wanita teraniaya.



Ia ditubuhkan pada 2008 atas dasar 'fardu kifayah', atau tanggungjawab masyarakat, untuk memenuhi keperluan tempat perlindungan krisis di Singapura.



Namun, perlindungan itu dibuka kepada wanita dan kanak-kanak tidak kira kaum dan agama, kata Cik Shahrany.




"Walaupun mereka berada dalam rumah perlindungan krisis, ia tidak secara automatik bermakna perkahwinan akan berakhir kerana kami sedar bahawa ada sebilangan penghuni kami yang kembali ke rumah dan perkahwinan mereka. Menyedari perkara ini, kami perlu berusaha memperkasa pemandiri (survivor) untuk mengubah situasi mereka di rumah, agar keganasan domestik itu tidak berlaku lagi."
- Cik Shahrany Hassan, Pengerusi Casa Raudha, sebuah rumah tumpangan wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >