PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) semalam menyatakan ia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap seorang ahli perniagaan perabot kerana melakukan amalan yang tidak adil.
Menurut Case, Encik Chiok Wee Juo, pemilik tiga perniagaan perabot - Olena, Bez Gallery dan The Exquisite Promenade - mengambil bayaran daripada pelanggan bagi perabot yang diinginkan sedangkan beliau tahu produk itu sebenarnya tidak ada.