Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Case pandang berat harga makanan, minuman dinaik secara berlebihan

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) memandang berat terhadap tindakan pemilik gerai dan pengendali makanan dan minuman yang mengambil kesempatan untuk mengaup untung dengan menaikkan harga secara berlebihan tanpa alasan.



Menekankan demikian, Presiden Case, Encik Melvin Yong, menggalak pengguna yang mengalami kenaikan harga berlebihan dan tidak mempunyai alasan yang munasabah agar memberikan maklum balas kepada Case.



Menurutnya, Case sedar keprihatinan pengguna mengenai kenaikan pada harga makanan yang dimasak dan minuman.



"Kami berempati terhadap pengguna yang prihatin terhadap kenaikan harga dan pihak kami sedang memantau keadaan dengan teliti.



"Meski terdapat beberapa faktor yang menjejas harga makanan yang dimasak dan minuman, Case memandang berat terhadap pemilik gerai dan pengendali yang mengambil kesempatan untuk mengaup untung dan menaikkan harga secara berlebihan tanpa alasan," tulisnya dalam Facebook.



Encik Yong yang juga penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen (AP) bagi Radin Mas berkata pengguna yang sedang mencari alternatif lebih murah dan mahu membuat keputusan pembelian yang lebih baik digalak untuk memuat turun dan memanfaatkan aplikasi Price Kaki.



Dalam satu laporan yang dikeluarkan The Straits Times sebelum ini, naib pengerusi Persatuan Restoran Pedagang Kheng Keow Coffee dan pemilik bar berkata sekurang-kurangnya 60 daripada 200 anggotanya telah menaikkan harga.



Persatuan itu mewakili sekitar 50 kedai kopi di sini.



Dalam pada itu, pengerusi Persatuan Persekutuan Pedagang Singapura divisyen penjaja, berkata sekitar 10 hingga 15 peratus pemilik gerai di pusat penjaja di Singapura telah menaikkan harga.



"Kos utiliti dan bahan-bahan telah meningkat secara berterusan sepanjang beberapa bulan lalu, ia bukan kenaikan sekali sahaja.



"Jika penjaja menyerap kos sendiri, mereka mungkin menghadapinya sukar untuk bertahan," kata Encik Low.




"Meski terdapat beberapa faktor yang menjejas harga makanan yang dimasak dan minuman, Case memandang berat terhadap pemilik gerai dan pengendali yang mengambil kesempatan untuk mengaup untung dan menaikkan harga secara berlebihan tanapa alasan."
- Presiden Case, Encik Melvin Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >