Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Case, RedMart bantu pengguna bandingkan harga barangan keperluan

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) akan bekerjasama dengan RedMart untuk membantu pengguna membandingkan harga barangan keperluan harian yang dijual dalam talian.



Di bawah kerjasama itu, peruncit dalam talian RedMart di bawah naungan Lazada, akan menyumbang senarai perintis 100 barangan keperluan harian dan barangan runcit yang kerap dibeli seperti telur, tisu dan minyak untuk perbandingan pada aplikasi mudah alih, Price Kaki.



Sebuah memorandum persefahaman (MOU) untuk merasmikan kerjasama itu telah ditandatangani oleh Presiden Case, Encik Melvin Yong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Singapore, Encik Loh Wee Lee, semalam.



Penandatanganan MOU itu disaksikan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



Case melancarkan Price Kaki pada September 2019 sebagai alat membantu pengguna membuat perbandingan harga keperluan harian.



Sejak pelancaran tersebut, Price Kaki telah dimuat turun 90,000 kali, menurut kenyataan Case semalam.



Dengan penyertaan RedMart ke dalam Price Kaki, aplikasi tersebut kini mempunyai lebih 5,500 barangan yang boleh dibandingkan harga mereka.



Menurut Case, ia telah mendekati RedMart untuk kerjasama itu disebabkan trend lebih ramai orang yang berbelanja barangan harian dalam talian.



"Selaras dengan peningkatan pendigitalan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih ramai pengguna membeli-belah untuk barangan runcit dalam talian.



Menurut kajian 2021 oleh YouGov, 38 peratus pengguna Singapura menyatakan mereka membeli barangan runcit mereka dalam talian. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 63 peratus menjelang akhir 2022.



"Untuk memenuhi trend ini, Case telah melibatkan RedMart untuk menyumbangkan harga dan maklumat promosi produknya sebagai perbandingan di Price Kaki," kata Case.



Bermula semalam, pengguna dapat melihat produk-produk keperluan harian yang dijual di RedMart dipaparkan di samping produk yang dijual di kedai runcit fizikal.



Senarai produk akan dikemaskini berdasarkan pilihan beli-belah pengguna, kata Case.



Memuji kerjasama Case dan RedMart itu, Cik Low berkata:



"Penyertaan RedMart dalam Price Kaki memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan lebih baik yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan mereka.



"Mempunyai pelbagai perbandingan harga di hujung jari mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja, menjadikan membeli-belah barangan harian lebih mudah dan pembeli lebih bijak.



"Ini menggalakkan peruncit dan peniaga untuk kekal berdaya saing dengan penetapan harga yang telus dan dari situ, mengukuhkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >