Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Haus, penat, kotor, kuyup tetapi semangat terus membara

Nov 04, 2018 | 05:30 AM



SIAPA sangka satu panggilan telefon mampu mengubah kehidupan seseorang. Namun, itulah yang berlaku kepada diri saya.



Masih segar di ingatan saya saat menerima panggilan daripada Encik Muhammad Fahrur Razi Abdul Hamid, pegawai eksekutif kanan perhubungan Yayasan Mendaki.



Kami telah bertemu malam sebelumnya apabila Mendaki mengadakan taklimat mengenai Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF) di pejabat Berita Harian (BH).



Sejujurnya saya tidak beri perhatian sangat kepada taklimat tersebut kerana ingin menghabiskan tugas yang ada. Justeru, panggilan telefon yang saya terima keesokan hari itu agak mengejutkan.



Encik Razi memberitahu saya bahawa Mendaki akan mengajak seorang wartawan BH untuk turut serta dalam Climbathon tersebut dan kemungkinan besar sayalah orangnya.



Saya menahan ketawa di sebalik telefon, dalam hati berbisik, "tak mungkin saya orang yang akan diajak mendaki gunung, sama sekali tak mungkin!". Apakan tidak, sayalah orang terakhir yang akan berfikir untuk melakukan aktiviti lasak, terutama memanjat gunung-ganang.



Namun, setelah mendapat pengesahan bahawa sayalah yang akan mewakili BH bagi Climbathon ETF itu, saya bertekad melakukan yang terbaik dan buktikan kepada diri sendiri bahawa meskipun saya pernah gagal mencapai puncak Batur di Bali suatu ketika dahulu, masih ada puncak gunung lain yang boleh saya tawan.



Pada 25 Oktober lalu, rombongan kami seramai 40 orang yang terdiri daripada para pelajar, kakitangan Mendaki dan orang awam berangkat ke Vietnam.



Mulalah perjalanan kami mencapai 'bumbung Indochina' itu.



Pendakian tersebut memang sukar. Dengan hujan yang menemani kami sejak permulaan pendakian hingga penghujungnya, kami terpaksa mendaki dalam cuaca sejuk (suhu terendah mencapai kurang 10 darjah Celsius) dan dalam keadaan basah.



Kami pun mendaki di kegelapan malam dengan hanya bercahayakan lampu suluh dan bulan purnama.



Haus, penat, kotor dan kuyup tepat menggambarkan keadaan kami semua dalam pendakian yang memakan masa sekitar 14 jam secara keseluruhan itu.



Fansipan penuh dengan batu-batu besar yang harus kami panjat atau turuni, akar-akar pokok yang membelit yang menjadi tempat kami pijak atau pegang serta anak-anak sungai yang harus kami seberangi.



Semua itu menjadikannya gunung yang begitu mencabar tetapi pada masa yang sama sangat memuaskan.



Alhamdulillah, cabaran yang kami hadapi dapat saya tempuhi dengan mudah kerana saya belajar daripada pengalaman lalu. Saya sedar betapa pentingnya mempunyai pandangan positif dan kekuatan mental yang jitu.



Sepanjang pendakian, saya memilih berfikiran positif dan menganggap setiap rintangan sebagai satu cabaran yang mahu saya atasi.



Setiap kali saya terasa penat atau sukar, saya akan memaksa diri untuk senyum dan ini banyak membantu dalam mengekalkan semangat saya.



Lebih daripada itu, dorongan dan interaksi dengan rakan-rakan di sekeliling pastinya menjadi pembakar semangat bagi kami untuk meneruskan pendakian bersama hingga semua berjaya ke puncak gunung.



Direnungkan, banyak perkara yang saya pelajari daripada pengalaman mendaki Fansipan - perkara mengenai diri saya, orang di sekeliling, tentang alam dan betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan kemegahan dan keindahan ciptaan Ilahi.



Pengajaran ini akan tersemat dalam hati dan memori saya. Permulaan pengalaman saya terlibat dalam pendakian ini penuh dengan keraguan terhadap kebolehan diri sendiri, tetapi ia berakhir dengan keazaman mahu menawan puncak kejayaan lain.



Saya rasa perasaan tersebut tepat menggambarkan apa yang dilalui ramai di antara pendaki rombongan kami yang kebanyakannya merupakan pendaki kali pertama.



Tapi sebelum sempat tiba di tanah air, kami semua sudah menanyakan: "Gunung apa pula selepas ini?"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >