Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cawangan kedai buku Times di Centrepoint bakal tutup September ini selepas 36 tahun

Aug 03, 2019 | 12:36 PM



TIMES Bookstores bakal menutup cawangannya di Centrepoint pada 23 September ini sebagai sebahagian daripada “pembaharuan lokasi kedai buku dari masa ke semasa”, menurut jurucakap rangkaian kedai buku tersebut semalam. 



Ini penutupan terkini selepas beberapa cawangan kedai buku yang lain, seperti cawangan Kinokuniya di Liang Court, Popular di Thomson Plaza dan dua cawangan MPH, turut ditutup baru-baru ini. 



Cawangan Times di Centrepoint dibuka pada 1983 dan merupakan salah satu kedai buku terbesar pada masa itu seluas 8,000 meter persegi. 



Ia merangkumi tiga tingkat pada 2002, tetapi dikecilkan selepas itu. 



Times mempunyai enam cawangan lain di Singapura. 



Ia telah menutup cawangan di Tampines One Ogos lalu tetapi telah membukan gerai konsep pelbagai kategori yang pertamanya di Jewel Lapangan Terbang Changi pada April. 



Ia juga mempunyai cawangan lain di Paragon, Plaza Singapura, Jelita, Marina Square dan Waterway Point. 



Ia juga menjual produknya dalam talian melalui GoGuru.com.sg 



Cawangan di Centrepoint akan mengadakan jualan dengan diskaun 50 peratus bagi anggota dan diskaun 30 peratus bagi mereka yang bukan anggota sehingga 23 September. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >