Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Cawangan KFC di West Coast ditutup susuli pengesahan kru positif Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cawangan KFC di West Coast ditutup susuli pengesahan kru positif Covid-19

KFC
May 20, 2021 | 10:09 PM

SEORANG kakitangan restoran makanan segera KFC di Jalan Mas Puteh berhampiran West Coast Road diuji positif Covid-19 pada Rabu (19 Mei). Kru restoran itu kali terakhir bertugas pada Isnin (17 Mei).

Cawangan KFC itu telah ditutup hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Rakan kerja kru ini yang berhubungan dengannya telah mengambil ujian swab dengan kesemuanya didapati negatif Covid-19. Mereka kini dalam pengasingan, tulis KFC Singapore di lampiran pos Facebook pada Rabu.

KFC kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan mematuhi usulan tentang langkah selanjutnya yang akan diambil.

Pelanggan yang mengunjungi cawangan KFC di Jalan Mas Puteh pada Isnin dinasihati agar mengawasi rapi kesihatan mereka.

"Kesihatan dan kesejahteraan anggota pasukan kami dan pelanggan adalah keutamaan Nombor 1, khsusunya dalam tempoh tidak menentu ini," tulis KFC dalam posnya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3