MULAI 28 Februari ini sebahagian Kawasan Sivik dan Kawasan Pusat Bandar (CBD) berubah menjadi mesra penunggang basikal dan pejalan kaki selain akan diadakan pelbagai kegiatan bagi keluarga dan rakan.
Menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, dalam satu kiriman di dalam blog Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam, inisiatif dan acara "Ahad Bebas Kereta Singapura" yang pertama akan dilancarkan akhir bulan ini.