Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

CC Nee Soon Central utamakan nilai masyarakat

Jan 07, 2023 | 05:30 AM



TAHAP pendidikan beliau tidak tinggi dan dirinya juga tidak mahir membaca.



Namun, Cik Mariah Zainol tahu beliau boleh ke kaunter Kelab Masyarakat (CC) Nee Soon Central untuk mendapatkan bantuan.



Di sanalah Cik Mariah merujuk untuk membantunya dalam menyelesaikan keperluan asas dalam hidupnya.



Ia termasuk mendapatkan pertolongan untuk membaca makluman terkini yang diterima dalam peti surat seperti baucar bantuan pemerintah serta bayaran bil api air flatnya.



Perubahan teknologi yang pesat dan masyarakat yang lebih kerap berbahasa Inggeris menjadikan pesara berusia 66 tahun itu memerlukan bantuan.



Beliau bergantung kepada jasa baik jiran dan pegawai Persatuan Rakyat (PA) yang mengendali kemudahan ServicesSG pertama di Singapura di kelab masyarakat bersepadu itu.



"Seya sekolah pun tak habis, sejak kecil dekat kampung saya kutip botol gelas dan menjualnya untuk menyara hidup saya sendiri. Bila saya dapat mesej, atau surat, saya tak tahu baca.



"Selalu dapat mesej saya tanya suami atau anak. Kalau anak tak ada, saya tanya jiran. Kalau jiran pula tak ada saya pergi sinilah," tambah Cik Mariah.



Ketika ditemui baru-baru ini, beliau bersama temannya dari kejiranan berdekatan Cik Ajiramah Ahmad Hassan, 69 tahun, berada di sana bagi tujuan yang sama.



Sejak kelab masyarakat itu mula beroperasi pada 2019, menggantikan CC terdahulu yang ditempatkan di kolong Blok 749, Yishun Street 72, kededua warga emas itu meraih banyak manfaat daripadanya.



Ia termasuk bagi pengagihan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), menerima maklumat berkaitan pengecualian kos utiliti dan lain-lain lagi semasa pandemik.



Sementara itu, terdapat juga beberapa belia kelihatan sedang mengulang kaji pelajaran di tingkat dua CC yang ditempatkan dalam pusat beli-belah Northpoint City.



Anggota Parlimen (GRC Nee Soon) yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata, CC itu dibina dengan mengutamakan 'heartware' (nilai kemasyarakatan) daripada 'hardware' (ciri dan kemudahan).



"Ini adalah tempat di mana pelbagai lapisan masyarakat dapat meraih manfaat daripadanya mengikut keperluan dan kesesuaian gaya hidup tersendiri; daripada menghadiri kelas meningkat kemahiran, mengulang kaji pelajaran, mengadakan latihan sukan atau seni dan tarian tersendiri di kawasan terbuka dan lain-lain lagi," katanya dalam wawancara menerusi Zoom.



"Kami bina CC ini dengan matlamat agar masyarakat di sini dapat menganggap CC ini milik mereka.



"Dengan mengadakannya di bawah bumbung pusat beli-belah Northpoint City yang tidak lama dulu baru juga diperbaharui, penduduk dapat menerima manfaat kemudahan yang ditawarkannya sambil menikmati makanan dan minuman serta hiburan dari sebuah pusat beli-belah," kata Dr Faishal.



CC Nee Soon Central siap pada awal 2019, dan mula beroperasi pada Mac tahun itu.



Namun pembukaan rasminya ditangguh hingga November lalu ekoran pandemik.



Terletak bertentangan stesen MRT Yishun dan berdekatan pusat tukaran bas, ia juga mempunyai pusat khidmat ServicesSG yang menawarkan lebih 200 perkhidmatan pemerintah seperti Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan lain-lain.



Tidak seperti model CC dahulu yang mempunyai bangunan tersendiri, ia ditempatkan sebumbung pusat beli-belah di lokasi yang lebih memudahkan penduduk mengaksesnya.



Seluas 4,100 meter pesegi, antara lain, ia menawarkan studio memasak, menari, bilik acara dan tempat mengulang kaji pelajaran yang lengkap dengan jaringan Wi-Fi percuma.



Di tingkat pertama, terletak bersebelahan Yishun Square, terdapat tempat acara terbuka yang besar bagi penduduk di situ.



CC baru juga itu enam kali lebih besar saiznya berbanding lokasi terdahulu.



Dr Faishal berkata pada awalnya tiada rancangan bagi sebarang penyewa yang akan mengisi cabang terbaru Northpoint City itu dan ia akan menjadi sebuah tempat terbuka.



"Dari situ, saya dengan bantuan pemimpin akar umbi di sini merancang untuk menyediakan sebuah CC," kata Dr Faishal.



"Kami lihat ada potensi menyediakan CC yang sesuai dan dekat di hati penduduk bagi kededua generasi tua di Yishun - yang berada di sini sejak berpindah dari kampung mereka dahulu dan juga generasi penduduk baru dan muda yang akan tinggal di flat BTO (Bina Ikut Tempahan) dalam kejiranan ini."



Beliau juga berkata dengan demografik Yishun yang semakin bertambah, pihaknya akan melihat jika lebih banyak program boleh disediakan di CC.



"Jadi kami amat bangga dapat menjadi model CC bersepadu pertama di Singapura dan sejauh ini, saya lihat ada pengguna, selain ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas, ada juga belia menyiarkan latihan tarian mereka yang dilakukan secara bebas di kawasan terbuka CC itu dalam media sosial.



"Itu yang kami mahu, sebuah CC yang mana orang ramai dapat memilikinya menurut kesesuaian dan keperluan tertentu masing-masing."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >