Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

CC, pusat beli-belah sedia ruang rehat untuk pekerja penghantaran

Sedang lebih banyak usaha bagi memperuntuk ruang sedemikian oleh NTUC dengan rakan kerja
May 21, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA kelab masyarakat dan pusat beli-belah telah menyediakan ruang berehat untuk pekerja penghantaran.



Ini sedang lebih banyak usaha dijalankan bagi memperuntuk ruang sedemikian oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dengan beberapa rakan kerja mereka.



Antara kelab masyarakat (CC) ini ialah Frontier CC di sekitar Jurong, Woodlands CC, Toa Payoh East CC dan Braddell Heights CC.



Pekerja penghantaran juga boleh berehat di ruang khusus di NTUC Club Clubhouses dan pusat beli-belah di kawasan kejiranan seperti Ang Mo Kio Hub dan Jurong Point Shopping Centre.



Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, menulis di Facebooknya:



"Sebagai respons kepada langkah keselamatan lebih ketat, ramai penghantar makanan akan menghadapi kesukaran mencari tempat untuk makan atau berehat.



"Saya gembira memaklumkan bahawa saya telah mengaturkan ruang rehat di Toa Payoh East CC bagi membolehkan penghantar makanan, pemandu teksi dan kereta sewa privet serta pegawai agensi seperti Duta Jarak Selamat untuk makan dan berehat."



Kemudahan di kelab masyarakat itu dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam, tambahnya.



Sementara itu, AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, berkata pasukannya di Woodlands CC telah memperuntuk satu kawasan baru untuk golongan tersebut.



"Bagi pekerja penghantaran, pemandu teksi dan kereta sewa privet, kami telah memperuntuk satu kawasan untuk anda berehat dan makan dalam masa bekerja di tingkat dua (CC).



"Ia tidak berhawa dingin, tetapi ia selesa dan berangin... Seperti selalu, patuh langkah pengurusan selamat dan pastikan ruang ini bersih dan kemas untuk orang seterusnya," katanya dalam satu catatan Facebook.



CC itu juga memperuntuk ruang khas untuk golongan lain seperti pelajar dan orang dewasa yang bekerja.



Penasihat akar umbi GRC Pasir-Ris-Punggol yang juga Pengarah NTUC, Cik Yeo Wan Ling, dalam satu pos di Facebook berkata NTUC akan memberikan lebih banyak butiran tentang usaha menyediakan lebih banyak tempat rehat untuk penghantar makanan.



Cik Teo turut menyeru agar lebih banyak rakan kerja pengurusan kemudahan menyediakan tempoh tempat letak kenderaan percuma lebih lama kerana masa menunggu yang lebih lama disebabkan oleh permintaan lebih tinggi, menyediakan tempat makan agar penghantar makanan dapat makan dengan selamat dan dalam langkah pengurusan selamat.




"Sebagai respons kepada langkah keselamatan lebih ketat, ramai penghantar makanan akan menghadapi kesukaran mencari tempat untuk makan atau berehat.

Saya gembira memaklumkan bahawa saya telah mengaturkan ruang rehat di Toa Payoh East CC bagi membolehkan penghantar makanan, pemandu teksi dan kereta sewa privet serta pegawai agensi seperti Duta Jarak Selamat untuk makan dan berehat."

- Encik Saktiandi Supaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >