Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CCA disambung semula, murid boleh bermain dalam kumpulan 5 orang

Jan 04, 2022 | 08:10 PM



PELAJAR sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan institut berpusat boleh bermain dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan lima orang tetapi masih perlu menggunakan pelitup, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing pada Selasa (4 Jan).



Kegiatan Ko-kurikular (CCA) secara fizikal juga akan disambung semula bagi sekolah rendah tanpa keperluan mengasing-asingkan murid berdasarkan kelas jika bilangan keseluruhan murid, kakitangan, penyedia khidmat dan sukarelawan tidak melebihi 50 orang.



Ini adalah antara beberapa aktiviti sekolah yang telah disambung semula sejak hari pertama sekolah hari ini, umum Encik Chan dalam catatan Facebook.



Encik Chan telah melawat Sekolah Rendah Punggol Cove untuk bertemu murid-murid Darjah Satu tadi.



Beliau juga berkata, CCA bagi sekolah menengah, maktab rendah dan institut berpusat boleh diadakan di tempat luar sekolah.



Pelajar Darjah Enam juga boleh menghadiri perhimpunan sekolah untuk menyanyikan lagu kebangsaan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >