Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CCA disambung semula, murid boleh bermain dalam kumpulan lima orang

Chun Sing: MOE akan terus nilai cara memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar walau dalam keadaan Covid-19
Jan 05, 2022 | 05:30 AM



PARA pelajar sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan institut berpusat boleh bermain dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan lima orang tetapi masih perlu menggunakan pelitup, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing semalam.



Kegiatan kokurikulum (CCA) secara fizikal juga akan disambung semula bagi sekolah rendah tanpa keperluan mengasing-asingkan murid berdasarkan kelas jika bilangan keseluruhan murid, kakitangan, penyedia khidmat dan sukarelawan tidak melebihi 50 orang.



Ini adalah antara beberapa kegiatan sekolah yang telah disambung semula sejak hari pertama sekolah semalam, kata Encik Chan dalam catatan di Facebook selepas melawat Sekolah Rendah Punggol Cove untuk bertemu murid-murid darjah satu.



Semalam merupakan hari pertama kanak-kanak tadika satu, murid-murid darjah satu dan pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah.



Para pelajar peringkat lain akan kembali ke sekolah hari ini.



Beliau juga berkata, CCA bagi sekolah menengah, maktab rendah dan institut berpusat boleh diadakan di tempat luar sekolah.



Program tuisyen bagi kumpulan bantu diri dan program celik membaca bagi para pelajar Persatuan Disleksia Singapura (DAS) di sekolah akan juga disambung.



Pelajar darjah enam juga boleh menghadiri perhimpunan sekolah untuk menyanyikan lagu kebangsaan bersama.



Menurutnya, Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus menilai cara memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar walaupun di dalam keadaan Covid-19.



Di samping itu, Encik Chan mengatakan bahawa MOE berharap untuk menyambungkan semula Sukan Sekolah Kebangsaan dan Festival Belia Singapura pada akhir tahun ini.



"Saya berharap, semoga penyambungan semula aktiviti-aktiviti sekolah secara beransur akan menyumbang ke arah tahun persekolahan yang lebih kaya dan memuaskan bagi para pelajar kita," katanya.



Encik Chan juga menyaksikan kemasukan para pelajar tadika satu pada jam 8 pagi di tadika MOE yang juga terletak di Sekolah Rendah Punggol Cove.



"Apabila saya melihat ibu bapa dan anak-anak tiba bersama-sama di Sekolah Rendah Punggol Cove, saya terkenang hari pertama anak-anak saya ketika mereka di sekolah rendah dahulu.



"Saya masih ingat bagaimana saya mengintip mereka melalui tingkap kelas dan memerhatikan mereka semasa waktu rehat untuk memastikan mereka berjaya membeli makanan atau tidak," katanya.



Turut memberikan ucapan melalui laman Facebook semalam ialah Presiden Halimah Yacob, yang mengharapkan para pelajar boleh menyesuaikan diri dan bersikap baik antara satu sama lain.



"Semoga tahun akademik ini membawa kegembiraan dalam pembelajaran, peluang untuk peningkatan ilmu dan perkembangan diri bagi anak-anak kita," katanya.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pula berkata para pelajar telah menyesuaikan diri dengan bimbingan dan jagaan para guru meskipun dalam pandemik ini.



"Saya berharap tahap pembelajaran selanjut ini akan diisi dengan penerokaan dan pertumbuhan,'' kata Encik Lee di Facebook.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, juga turut memberikan memberikan kata-kata perangsang bagi para pelajar yang memulakan sekolah mereka di laman Facebook beliau semalam.



"Saya yakin anda akan berasa seronok dan mempunyai pengalaman yang amat bermakna apabila kamu mempunyai kawan baru dan berjumpa dengan guru-guru baru kamu," ujarnya dalam ucapan khas buat para pelajar darjah satu.




"Saya berharap, semoga penyambungan semula aktiviti-aktiviti sekolah secara beransur akan menyumbang ke arah tahun persekolahan yang lebih kaya dan memuaskan bagi para pelajar kita."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >