Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CCCS kumpul maklum balas pembelian niaga Kopitiam oleh NTUC Enterprise

Sep 29, 2018 | 05:30 AM



SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sedang menjalankan perundingan awam untuk mengumpul maklum balas ramai berhubung cadangan pengambilalihan sepenuhnya syarikat pengendali pusat makanan, kedai kopi dan penjaja Kopitiam oleh NTUC Enterprise Co-operative Limited (NTUC).



Langkah itu merupakan sebahagian misi sosial NTUC untuk memastikan bahawa makanan dijual dengan harga berpatutan bagi masyarakat Singapura.



Menurut kenyataan CCCS semalam, sebelum urus niaga yang disarankan selesai, Kopitiam akan memperolehi semua saham tertunggak di iMetrics Pte Ltd (iMetrics).



CCCS menerima pemberitahuan daripada NTUC berhubung dengan keputusan mengenai urus niaga yang diusulkan.



CCCS sedang menilai sama ada urus niaga yang diusulkan itu akan melanggar seksyen 54 dalam Akta Persaingan, yang melarang penggabungan yang mengakibatkan atau dijangka mengakibatkan pengurangan ketara dalam persaingan dalam apa jua pasaran di Singapura.



NTUC telah mengemukakan bahawa urus niaga yang diusulkan tidak akan membawa kepada kesan antipersaingan dalam pasaran berkaitan.



Ini memandangkan pelbagai pembekal makanan yang dimasak telah berkembang secara agresif beberapa tahun kebelakangan ini.



Menurut kenyataan tersebut, NTUC juga mahu mewujudkan perniagaan yang lebih cekap.



Urus niaga yang diusulkan itu membolehkan NTUC menawarkan makanan sudah dimasak yang bermutu pada harga dimampui dalam skala lebih besar di Singapura.



CCCS mengundang orang ramai untuk memberi maklum balas tentang urus niaga yang diusulkan itu dari 1 Oktober hingga 12 Oktober ini.



Maklumat lanjut tentang perundingan awam itu boleh diakses dan dimuatturunkan dari laman CCCS di www.cccs.gov.sg di bawah seksyen 'Public Register and Consultation'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >