Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CDC, Minds kerjasama tawar pekerjaan bagi golongan kurang upaya

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN kurang upaya daya intelek dalam masyarakat kini boleh mendapatkan pekerjaan seperti pembersihan atau berkebun di bawah kerjasama masyarakat baru.



Kerjasama antara Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East dan Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (MINDS) menjana pekerjaan untuk golongan tersebut yang dipanggil Program Pekerjaan Masyarakat- Pekerjaan Inklusif (CEP-IE).



Program itu memastikan bahawa golongan kurang upaya daya intelek di kawasan itu mendapatkan pekerjaan berhampiran rumah mereka.



Melancarkan kerjasama itu semalam adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli di Divisyen Tampines Changkat di kawasan Tampines street 32.



"Menerusi program perintis ini, ia akan menyediakan mereka dengan pengalaman pekerjaan masyarakat untuk membina keyakinan diri dan supaya dapat mengembangkan kemahiran pekerjaan mereka dalam masa jangka panjang.



"Yang penting, ini juga akan dapat menghubungkan mereka dengan majikan di kawasan berhampiran, justeru meningkatkan peluang pekerjaan," ucap Encik Masagos, juga Menteri Kedua Kesihatan merangkap Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, dalam ucapannya semalam.



Seramai 10 individu kurang upaya daya intelek terlibat dalam program ini dan mereka akan diberi tugas dalam kebun ataupun kerja pembersihan di kemudahan masyarakat Tampines Changkat dan di Kelab Masyarakat Tampines West.



Program perintis selama setahun akan memberi mereka peluang untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan bimbingan daripada penyelia mereka.



Ia juga membolehkan mereka berinteraksi dengan pihak masyarakat berkepentingan semasa bekerja.



Antaranya adalah Cik Mardianah Ann, seorang benefisiari di Pusat Pembangunan Pekerjaan Idea atau MINDS IEDC, yang berusia 43 tahun.



Sebagai seorang pelatih di pusat itu. Cik Mardianah belajar kemahiran berkebun, termasuk menyemai dan menuai tanaman, mengguna peralatan bertani dan menimbang dan membungkus sayur-sayuran.



"Kerja ini seronok, saya suka kerja dengan kawan-kawan," apabila ditemui Berita Harian semalam.



Cik Mardianah dikenali sebagai seorang yang mudah dan cepat belajar, pandai menyesuaikan diri kepada perubahan dan memahami arahan dengan baik.



"Kerja kebun tak susah, ia senang,'' tambah Cik Mardianah yang akan dihantar dengan van yang disediakan ke lokasi kebun itu setiap pagi.



Beliau akan bekerja setiap Isnin hingga Jumaat sekitar empat jam dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.



Turut hadir dalam acara pelancaran itu semalam adalah Mayor CDC North East Encik Desmond Choo.



Menurut Encik Choo, sasaran program ini adalah untuk bermula dengan 10 peserta dan beliau berharap akan dapat mengembangkannya sehingga 30 peserta menjelang akhir tahun ini.



"Salah satu kebaikan program ini adalah kami mempunyai cukup dana, justeru dapat membantu pelatih mendapatkan gaji yang juga mengikut standard PWM (Model Gaji Progresif). Mereka juga dapat bawa pulang sekurang-kurangnya $500 dan ini dapat membantu mereka dari segi kewangan," jelas Encik Choo.



Encik Masagos kemudian menambah bahawa kerjasama tempatan, terutamanya dalam kejiranan, juga boleh membawa kepada banyak kesan positif lain dan kesan berganda yang berterusan.



"Mereka mencipta peluang bina hubungan yang menyokong, dan membolehkan kedua-duanya orang kurang upaya dan penjaga mendapatkan manfaat daripada perkhidmatan persekitaran mereka. Dari masa ke masa, ini juga membina rangkaian masyarakat di mana kami membantu satu sama lain, dan inilah yang dimaksudkan untuk menjadi seorang yang pengasih, berdaya tahan dan masyarakat inklusif," tambah beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >