Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CDC North East sepadu sumber bantu keluarga berisiko

Jan 17, 2021 | 05:30 AM



CARA Singapura menangani masalah sosial yang rumit dijangka berubah pada masa depan.



Semasa era kepimpinan dulu, mereka mengenalkan pendekatan Many Helping Hands atau penyaluran bantuan daripada pelbagai pihak.



Hari ini, menurut mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East Desmond Choo, Singapura harus maju melebihi pendekatan sedemikian.



Contohnya, pihak berwenang bukan sahaja perlu membantu anggota keluarga berisiko mendapatkan pekerjaan bahkan memupuk nilai yang baik dalam jiwa anak-anak mereka menerusi pendidikan di sekolah.



"Pendekatan Many Helping Hands hari ini haruslah lebih disasarkan sifatnya. Usaha zaman dulu menyebabkan ramai terlepas mendapatkan bantuan. Ada yang menerima banyak sekali bantuan. Ada pula langsung tidak dapat bantuan. Ada menerima bantuan bertindih. Justeru bagaimanakah caranya kita menyelaras semua bantuan secara lebih berkesan?



"Hari ini, kita lebih berupaya memberikan bantuan yang rencam tetapi kita harus bersatu sebagai satu entiti atau satu 'tangan' yang besar supaya mampu memberi kesan yang lebih menyeluruh.



"Hasilnya tidak terletak pada jumlah 400 pelajar yang sudah CDC North East bantu menerusi Program Penjagaan Bersepadu (ICP) tetapi perkembangan mereka dalam tempoh beberapa tahun mendatang ini.



"Adakah mereka akan menjadi lelaki dan wanita dewasa yang terus belajar, mendapatkan pekerjaan yang bagus dan mendirikan keluarga yang kukuh? Masa itulah baru kita akan tahu sama ada usaha kita sekarang berhasil ataupun tidak. Teruslah bekerja sebagai satu ICP dan manfaatkan sumber yang tersedia. Kerja kita ini akan sentiasa dinilaikan oleh jiwa-jiwa yang berjaya kita sentuh," ujar Encik Choo.



Beliau berkata demikian sewaktu berucap di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara program ICP CDC itu dengan 12 rakan kerjasama di Teater Festive Arts Our Tampines Hub semalam.



Menurut kenyataan CDC North East, ICP kendaliannya yang dikenalkan pada 2014 itu menggunakan pendekatan memberi kesan secara kolektif untuk membina perkumpulan rakan kerjasama yang utuh.



Perkumpulan itu seterusnya menyediakan pelbagai wadah dan peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga berisiko meraih permulaan baik dalam hidup.



Bermula semalam, ICP CDC North East akan bekerjasama dengan 17 rakan, dengan enam daripada mereka merupakan kerjasama baru. Enam rakan baru ialah Care Corner Singapore, Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Methodist Welfare Services, FSC The SBL Vision, Persatuan Pemerkasaan Kanak-Kanak Berisiko (Care Singapore), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Khidmat Masyarakat The Singapore Anglican.



Cabang bantuan baru dalam ICP CDC North East ialah bantuan pekerjaan menerusi e2i dan bantuan kesihatan mental tidak berteraskan agama menerusi Khidmat Masyarakat The Singapore Anglican. Dua rakan kerjasama sekolah baru pula ialah Sekolah Rendah Angsana dan Sekolah Rendah Tampines North.



Secara keseluruhannya, ICP CDC North East menyepadukan pelbagai bantuan daripada rakan berbeza bersandarkan matlamat sama, iaitu melancarkan proses peralihan pelajar sekolah rendah daripada keluarga berisiko dengan keperluan rumit ke tahap sekolah menengah.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, merupakan tokoh di sebalik gagasan menjadikan CDC sebagai wadah menyatukan bantuan. Daripada situ, CDC North East mengenalkan usaha ICP itu.



Ketika dihubungi, penerima bantuan ICP yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Hariyani, 25 tahun, bersyukur atas bantuan ICP yang diterima.



Beliau mempunyai anak perempuan berusia 15 bulan bersama suami, Encik Firdaus Abdul Kader, 35 tahun, seorang pegawai keselamatan tapak binaan di Bishan.



Mereka juga membesarkan enam anak berusia antara tujuh dengan 14 tahun hasil perkahwinan pertama Encik Firdaus. Keluarga itu menetap dalam flat sewa di Tampines Street 83.



"Saya menerima bantuan penjagaan bayi semasa saya bekerja. Anak-anak lain pula berpeluang menjalani pelbagai kegiatan di sekolah.



"Sebelum ini, saya menerima kaunseling pekerjaan dan berjaya mendapatkan kerja sebagai eksekutif khidmat pelanggan syarikat penyediaan kursus di Chinatown Point.



"Sungguhpun banyak dokumen yang perlu saya berikan kepada pihak berkuasa, saya tetap bersyukur atas bantuan yang diberi. Kehidupan saya dan anak-anak kini rasa lebih teratur," ujar Cik Hariyani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >