Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CDC North West kumpul sekitar $2j bantu penduduk dihentikan kerja

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR $2 juta akan dikumpul Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West untuk membantu penduduk yang diberhentikan kerja ekoran pandemik Covid-19.



Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee dan mayor CDC North West, Encik Alex Yam, mengumumkan demikian semalam.



Beliau berkata, skim daripada usaha pengumpulan dana CDC itu akan memastikan penduduk tidak perlu menunggu untuk mendapatkan pelulusan di bawah program pemerintah sedia ada yang mungkin boleh mengambil masa yang terlalu lama.



"Skim pemerintah akan terus menjadi bantuan teras tetapi kami ingin membuatnya lebih lengkap dari segi kepantasan dan kesegeraan



"Melihat ke masa depan, kami berharap ekonomi setempat akan bertambah stabil namun (ini dilakukan) sekiranya terdapat lebih ramai orang yang mungkin diberhentikan kerja atau dipecat akibat kemurungan ekonomi semasa."



Encik Yam berkata demikian semasa pelancaran kempen WeCare @ North West-Service Weeks edisi kelapan tahun ini.



Mulai 6 Januari hingga 7 Februari, pek perayaan mengandungi makanan seperti serbuk susu soya, mi segera, kopi, minyak dan bijirin bernilai $50 akan diagihkan kepada sekitar 20,000 penduduk unit rumah sewa.



Relawan korporat juga akan memasang beberapa alat di rumah penduduk.



Firma Gain City misalnya, akan memberi pemanas air, mesin basuh dan katil kepada seramai sembilan keluarga di Marsiling.



Sejumlah 1,700 relawan, iaitu jumlah terbesar sejak kempen itu dimulakan pada 2014, telah mendaftar tahun ini.



Bagi mematuhi peraturan Covid-19, relawan akan dipisahkan dalam kumpulan lebih kecil dan pek perayaan tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah di premis mereka sebelum ia diagihkan kepada penerima.



Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong turut hadir semasa pelancaran kempen berkenaan semalam selaku tetamu kehormat.



Beliau berkata, acara tersebut lebih bermakna tahun ini kerana keluarga setempat terus berusaha sedaya upaya untuk menempuh tempoh mencabar ini.



"Kami berharap dengan acara seperti ini, kami dapat terus memberikan harapan kepada orang ramai dan membantu ramai keluarga untuk menangani kesulitan yang mereka hadapi ketika ini," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >