CDC South West, P&G tunaikan keinginan kanak-kanak kurang bernasib baik
Dec 18, 2019 | 05:30 AM
KEINGINAN lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik di daerah barat daya telah ditunaikan semalam, sebagai sebahagian kerjasama antara Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West dan Procter & Gamble (P&G) Singapura.
Kanak-kanak ini telah menulis apa yang mereka inginkan, dan relawan P&G telah membelikan mereka hadiah berdasarkan kemahuan mereka.