Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ceburi bidang wangian dengan prospek kerja bagus

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



BIDANG wangian adalah satu bidang yang sangat jarang diceburi. Namun, bagi Encik Ahmad Tirmuzi Mazlan, 27 tahun, ia satu bidang yang menarik untuknya. Minat ini bermula semasa beliau menjalani latihan sambil belajar selama enam bulan di sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai pengkhususan dalam bidang wangian dan rasa semasa pengajiannya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam jurusan Kimia.



Semasa latihan itu, beliau mendapat pendedahan dalam bidang ini dan melihat bagaimana industri ini dijalankan. Dengan adanya prospek pekerjaan yang baik, penerima Biasiswa Pos-Sarjana LBKM itu mengambil keputusan menyambung pengajian dalam bidang ini kerana beliau berasakan industri ini sedang berkembang.



Kini, Encik Tirmuzi sedang mengikuti pengajian Sarjana dalam bidang Pengurusan Industri Rasa dan Wangian di University of Cote d'Azur, di Nice, Perancis.



Ditanya mengapa beliau memilih universiti ini, beliau berkata kursus yang ditawarkan di dalam negara sangat terhad dengan yuran yang agak mahal. Tambahnya lagi, universiti ini baru juga ditubuhkan dan kursus yang sedang dijalani juga agak baru. Dengan itu, beliau membuat keputusan melanjutkan pengajian peringkat sarjananya di situ.



Disebabkan wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, beliau terpaksa memulakan kursus ini secara dalam talian. Apabila ditanya adakah beliau menghadapi cabaran menjalani pengajian di tengah wabak, beliau berkata menjalani kelas secara dalam talian dengan perbezaan waktu sekitar tujuh jam adalah satu cabaran yang harus dilaluinya.



Namun begitu, beliau amat berterima kasih kepada profesornya yang memahami cabaran yang dilalui pelajar yang berada di luar Perancis.



Sungguhpun begitu, anak sulung dua beradik ini merancang pergi ke Cote d'Azur dan menjalani kursus di sana tahun depan sekiranya keadaan kembali pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >