Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Cedera, maut nahas lori berkurang sepanjang 10 tahun lalu

May 11, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN penumpang lori cedera atau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berkurangan sepanjang 10 tahun lalu.



Dua tahun lalu, kadar kecederaan ialah 8.1 bagi setiap 1,000 lori, lebih rendah berbanding kadar kecederaan penumpang semua kenderaan bermotor, iaitu 8.4 bagi setiap 1,000 kenderaan.



Tahun lalu, jumlah lalu lintas lebih rendah disebabkan sekatan Covid-19, dan kadar kecederaan bagi penumpang lori sekitar 4.5 bagi setiap 1,000 lori, berbanding 5.6 bagi setiap 1,000 kenderaan bermotor.



Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, kadar kecederaan penumpang lori ialah sekitar 1.5 bagi setiap 1,000 lori, setara dengan kadar bagi penumpang semua kenderaan bermotor.



Dari 2011 hingga 2015, purata sembilan penumpang lori meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya setahun. Kadar ini berkurangan ke 2.6 setahun dari 2016 hingga 2020.



Ini dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, di Parlimen semalam, semasa bercakap mengenai penggunaan lori untuk membawa pekerja.



Dua kemalangan melibatkan lori membawa pekerja berlaku bulan lalu, dengan dua pekerja maut. Satu lagi kemalangan melibatkan lori membawa pekerja berlaku empat hari lalu, dengan 17 orang cedera.



"Daripada perspektif keselamatan jalan raya, adalah ideal jika lori tidak membawa penumpang di dek belakang mereka. Tetapi disebabkan isu operasi dan praktikal amat ketara - di samping hanya pertimbangan kos - di peringkat antarabangsa, ia bukan amalan tidak biasa," kata Dr Khor.



"Tetapi, kadar kecederaan dan kematian akibat kemalangan sedemikian yang berkurangan tidak seharusnya membuat kita leka," ujarnya.



Beliau berkata beberapa saranan yang dikemuka untuk mengelakkan kecederaaan dan kematian telah pun dipertimbang oleh Kumpulan Kerja yang dibentuk pada 2008 bagi menyemak keselamatan pekerja menaiki lori.



Ini termasuk menimbangkan pemasangan tali pinggang keledar, yang didapati tidak sesuai.



"Berbanding 10 tahun lalu, perubahan undang-undang pada masa ini akan menyebabkan lebih banyak keperitan kepada industri (pembinaan), memandangkan industri itu terjejas teruk oleh Covid-19.



"Bekalan pekerja yang terjejas menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang teruk, projek sudah pun tertangguh dan produktiviti terjejas disebabkan langkah pengurusan selamat.



"Peraturan selanjutnya mungkin mempunyai kesan ke atas penyiapan pelbagai projek pembinaan... menyebabkan penutupan beberapa syarikat dan kehilangan sumber pendapatan pekerja. Kita tidak boleh mengabaikan pertimbangan ini," kata Dr Khor.



Beliau berkata pemerintah akan terus menyemak peraturan keselamatan dan mendekati pelbagai pihak berkepentingan untuk melihat cara langkah-langkah itu dapat dipertingkat lagi.



Menjawab soalan susulan Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee) ) tentang mengehadkan kelajuan lori ke sekitar 40 kilometer sejam buat masa ini sementara menunggu huraian baru, Dr Khor berkata menurunkan had laju tidak disarankan oleh pakar kerana perbezaan had laju antara lori dan kenderaan lain di ekspreswe boleh menyebabkan masalah keselamatan lain, seperti lebih banyak kes memotong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >