Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cedera terkena serpihan kaca pintu resort Sentosa pecah tiba-tiba

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita cedera terkena serpihan kaca pintu tandas yang pecah di Siloso Beach Resort dan terpaksa mendapatkan khidmat psikiatri akibat trauma yang dialami menyusuli kejadian itu.



Cik Suziyana Hamid memberitahu Berita Harian semalam bahawa beliau masih dalam proses pemulihan daripada trauma kejadian tersebut tetapi kini dalam keadaan stabil.



Menurut Cik Suziyana, 41 tahun, kejadian itu berlaku kira-kira 4.30 pagi pada 16 Jun.



Keluarga beliau menempah tujuh bilik untuk bercuti inap selama dua hari sempena hari jadi anak perempuannya yang ke-12.



Menurut eksekutif kanan bersama sebuah pertubuhan tidak mencari untung itu, selepas mandi pada 4.15 pagi, beliau mendapati pintu kaca bilik mandi itu tidak dapat dibuka.



"Saya hanya sempat tarik pintu kaca itu sedikit sebelum ia mula tersangkut. Pada ketika itu, saya berhenti menarik pintu kaca tersebut dan memanggil suami saya untuk membantu saya," ujarnya.



Tanpa disangka, pintu kaca itu jatuh dan pecah berkecai, kata Cik Suziyana, sambil menambah bahawa beliau mengangkat tangan untuk melindungi dirinya.



Serpihan kaca menyebabkan beliau cedera di lengan, tangan, dada dan kulit kepala.



Cik Suziyana berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku.



Suaminya, Encik Reduan Nordin, 41 tahun, yang berada dalam bilik itu, menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan menghubungi kaunter hadapan resort tersebut untuk mendapatkan bantuan.



Kira-kira 15 minit kemudian, seorang paramedik tiba dan merawat luka Cik Suziyana dengan bantuan adik dan suami beliau.



Cik Suziyana kemudian dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan kaca di badannya.



Beliau diberi cuti sakit dua hari.



Menurut Cik Cik Suziyana, selepas dua hari beliau masih tidak sihat lalu pergi berjumpa doktor dan diberi cuti sakit lima hari lagi.



Dalam e-mel kepada Cik Suziyana, Sentosa Development Corporation (SDC), yang menyelia resort tersebut dan juga pemilik kawasan itu, berkata ia memandang serius kejadian itu dan akan meneliti perkara tersebut.



Wakil SDC juga melawat bilik hotel semasa Cik Suziyana berada di hospital.



Semasa dihubungi Berita Harian, Pengarah Urusan Siloso Beach Resort, Encik Kelvin Ng, berkata:



"Pada pagi itu, saya dengan segera pergi ke hospital untuk menziarah Cik Suziyana kerana saya juga terkejut mengenai hal ini.



"Saya cuba menziarahi Cik Suziyana lagi namun suami beliau memberitahu saya bahawa beliau masih trauma daripada kejadian tersebut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >