Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cef Akmal cipta nama di pentas dunia

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



SEMASA usianya semuda 34 tahun, Cef Akmal Anuar (gambar) sudah pun menempa nama sebagai cef yang disegani di Timur Tengah bermula dengan restoran yang diusahakannya dengan titik peluh sendiri di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Restoran kontemporari Asia, 3 Fils, yang membuka pintunya pada November 2016, menambat hati penduduk Dubai dengan majalah TimeOut Dubai menyifatkan restoran itu sebagai 'Pendatang Baru Terbaik' (Best Newcomer - Casual Dining 2017).



Enam tahun berlalu dan kini berusia 40 tahun, Cef Akmal telah pun meninggalkan perniagaan itu pada tahun 2019 untuk menebar sayapnya dengan syarikat konsultasi restoran, White Rice Consultancy, yang ditubuhkan bersama isterinya.



Di bawah syarikat itu, Cef Akmal telah pun menubuhkan empat restoran di serata UAE bermula dengan Goldfish Sushi & Yakitori dan 11 Woodfire (Dubai), Otoro (Abu Dhabi) dan Restoran Chie (Sharjah).



Beliau kini merupakan nama yang disegani di persada gastronomi dan industri makanan dan minuman (F&B) sedunia dan baru saja memenangi Anugerah Kecemerlangan dalam Gastronomi oleh INC Award, sebuah anugerah berpangkalan di Sepanyol yang mengiktiraf cef antarabangsa yang telah membuat sumbangan besar di persada gastronomi dalam ciptaan masakan dan pembangunan produk baru.



Cef Akmal kini berada di Manhattan, New York, bagi pelancaran sebuah restoran baru yang menggunakan khidmatnya sebagai perunding cara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >