Cef kongsi cara mudah siapkan hidangan sedap dan sihat
May 23, 2017 | 05:30 AM
MEREKA yang hadir di gedung beli-belah Harvey Norman bukan membawa pulang resipi hidangan sahaja, bahkan melihat sendiri pengalaman memasak cef selebriti Mel Dean.
Kira-kira 40 peserta menyertai program memasak eksklusif itu, dengan Cef Mel menyediakan ramuan yang tersedia untuk menunjukkan cara memasak kebab ayam Maghribi, pesto udang linguine dan daging lembu bakar susyi Jepun.