Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cegah jangkitan lebihi isu halal vaksin: Panel

Panel asatizah, doktor berpendapat vaksin keperluan asas apabila berdepan pandemik yang ancam nyawa
Jan 23, 2021 | 05:30 AM



MENGAMBIL vaksin untuk mencegah jangkitan atau menjauhkan keluarga dan masyarakat daripada bahaya melebihi keprihatinan berkenaan status halal vaksin itu, kata panel pakar yang dianggotai asatizah dan doktor.



Timbalan Mufti Dr Mohammad Hannan Hassan menggesa masyarakat Melayu/Islam agar bersikap proaktif dan mengambil vaksin bagi mencegah jangkitan.



"Mendapat vaksin bukan sahaja melindungi kesejahteraan peribadi kita, ia juga melindungi kesejahteraan masyarakat lebih luas," katanya yang berharap masyarakat kekal yakin dalam bimbingan yang diberikan ulama dan pakar setempat.



Dr Hannan berkata demikian semasa menyertai perbincangan panel yang disiarkan di dalam talian awal minggu ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya semalam.



Panel tiga anggota itu turut disertai ahli Jawatankuasa Fatwa, Ustaz Fathurrahman Dawoed dan pakar perbidanan dan sakit puan Dr Nurhidayati Mohamed Suphan.



Ia diadakan sedang isu halal haram dan keselamatan vaksin rancak diperbualkan dalam masyarakat, termasuk di dalam talian.



Bulan lalu, Pejabat Mufti telah mengeluarkan irsyad atau bimbingan agama berkenaan kebenaran bagi menggunakan vaksin Covid-19.



Menerangkan lebih lanjut mengenai pendirian agama sebalik irsyad tersebut, Ustaz Fathurrahman berkata sebarang irsyad atau fatwa yang ditentukan adalah berdasarkan prinsip Islam dan mengambil kira konteks khusus masyarakat.



Menurutnya vaksin adalah keperluan asas apabila berdepan dengan pandemik yang mengancam nyawa.



Dalam keadaan pandemik ini, ada prinsip lain yang konsisten dengan perundangan Islam yang membenarkan vaksin digunakan untuk melindungi nyawa.



"Walaupun vaksin yang ada sekarang tidak mengandungi sebarang penggunaan sumber binatang tetapi sekiranya ia mengandungi bahan-bahan yang biasanya dilarang, terdapat prinsip Islam seperti istihala atau istihlaq yang kita boleh timbangkan dalam memberi kebenaran bagi menggunakan vaksin," katanya, yang menekankan peri penting melindungi nyawa melebihi keprihatinan mengenai halal haram vaksin.



Menjawab keprihatinan berkaitan keselamatan vaksin, Dr Nurhidayati berkata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah menjalankan ujian untuk memastikan keselamatan vaksin.



"Vaksin yang diluluskan dan diedarkan di Singapura telah menjalani proses (pemeriksaan) ketat oleh pakar perubatan dalam bidang penyakit berjangkit," kata beliau, yang berkata vaksin hanya dianggap selamat digunakan selepas menjalani berbilang fasa ujian semasa ia dibangunkan.



Dr Nurhidayati akur ada risiko kesan sampingan tetapi ia adalah kecil dan doktor memantau setiap individu yang menjalani vaksinasi dengan teliti untuk mengehadkan sebarang risiko berkaitan.



Buat masa ini, Singapura telah meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk digunakan dan diedarkan di sini.



Lagi dua vaksin Moderna dan Sinova sedang dipertimbangkan.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bulan lalu, mengumumkan vaksin akan ditawarkan percuma kepada semua warga Singapura, tetapi mengambilnya adalah secara sukarela.



Bekalan vaksin yang dijangka diperolehi Singapura mencukupi untuk memvaksinasi semua penduduk di sini menjelang suku ketiga tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >