SEBAGAI pelajar komunikasi dan pengurusan media yang lebih mahir bertutur dan menulis, Cik Nurrisha Ismail Fakirra tidak menduga beliau mampu bekerja dengan pakar teknologi kreatif dan ahli strategi digital dalam membangun prototaip aplikasi menangani kecemasan.
Aplikasi yang dikenali sebagai Respons Peribadi Bagi Situasi Kecemasan (P.R.E.S) itu membolehkan pengguna telefon bijak mengirim isyarat kecemasan kepada keluarga atau pihak berkuasa jika wujudnya serangan pengganas atau bencana.