Cemerlang jua walau terpaksa kongsi satu laptop bersama dua adik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Keputusan PSLE diumumkan minggu lalu. BERITA HARIAN mengetengahkan kisah pencapaian beberapa murid.

Cemerlang jua walau terpaksa kongsi satu laptop bersama dua adik

Dec 01, 2020 | 05:30 AM

CEMERLANG dalam mata pelajaran Akhlaq dan akademik sekular di madrasahnya, Umar Rasyideen Mohamed Salehin dikenali sebagai pelajar contoh.

Selama beberapa tahun, murid Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah itu juga mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan kokurikulum, seperti robotik, badminton dan berenang, yang menjadikannya murid lebih menyeluruh.

Selain itu, dia menjuarai Majlis Musabaqah Tilawah dan Tahfiz Al-Quran tahun lalu dan diiktiraf dengan Anugerah Irsyad Colours (Emas) atas kecemerlangannya.

Walaupun menunjukkan prestasi baik di sekolah secara holistik, Umar tetap berasa gementar apabila keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) diumumkan baru-baru ini.

Namun, berkat usaha tekal dan kerja keras, Umar meraih keputusan cemerlang dan mengongsi kedudukan ke-10 terbaik bersama tiga murid lain di madrasah itu, dengan agregat 259, merangkumi satu A* dan tiga A.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ditanya mengenai pencapaiannya itu, anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkata dia terkejut apabila keputusan itu diumum.

"Selama ini prestasi saya sebenarnya sederhana sahaja dan selalunya saya hanya cemerlang dalam mata pelajaran ukhrawi.

"Kali ini untuk PSLE, saya menetap matlamat mendapatkan gred A, tetapi saya tidak jangka dapat prestasi sebaik ini. Alhamdulillah saya gembira mengenai keputusan saya," ujar Umar, 12 tahun.

Walaupun demikian, Umur mengatakan semasa persiapannya bagi PSLE, dia menghadapi cabaran kerana terpaksa menjalani pembelajaran di rumah (HBL) disebabkan sekatan pemutus litar (CB) jangkitan Covid-19.

Antaranya ialah kekurangan akses kepada komputer riba untuk melakukan pembelajaran dalam talian.

"Semasa tempoh CB, kedua-dua adik perempuan saya yang belajar di madrasah sama turut menjalani pembelajaran mereka di rumah.

"Oleh kerana kami pada masa itu hanya mempunyai satu komputer riba, kami perlu bergilir-gilir menggunakannya untuk belajar. Dari segi itu, agak sukar untuk saya memberi fokus sepenuhnya kerana tidak dapat menggunakan komoputer itu sepanjang masa," jelasnya.

Umar bersyukur kerana madrasahnya kemudian meminjamkan mereka satu komputer riba terpakai dan menghadiahkan satu lagi komputer riba yang ditaja oleh Tata Consultancy Services (TCS) bagi pelajar dalam skim bantuan kewangan itu.

Dengan bantuan itu, dia dan adik-adiknya dapat mengikuti kelas dalam talian melalui Zoom dan meneruskan pembelajaran mereka dengan lebih lancar.

Ibunya, Cik Nurul Jannah Ayob, 33 tahun, seorang suri rumah, berkata sebagai anak sulung Umar banyak membantunya dalam beberapa perkara.

"Umar paling diharapkan dalam rumah ini dalam membantu kami dengan kerja rumah, memantau pelajaran adik-adiknya.

"Namun begitu, dia sangat berdikari dalam mengurus pelajarannya sendiri juga. Alhamdulillah sepanjang persiapan (bagi PSLE), saya sering melihat dia membahagikan masanya untuk selesaikan kerja sekolah serta membantu melakukan kerja rumah," kata Cik Jannah.

Menurut Umar, sokongan dan dorongan ibu bapa serta didikan gurunya terus memberinya motivasi untuk bekerja keras.

Umar merancang melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, tempat ibu bapanya belajar dulu.

"Saya ghairah akan memasuki peringkat menengah. Saya berharap menjadi seorang ustaz dan mengikuti jejak bapa saya yang sekarang seorang pensyarah di Al-Zuhri di Masjid Kassim," ujarnya.


"Semasa tempoh CB (pemutus litar jangkitan Covid-19), kedua-dua adik perempuan saya yang belajar di madrasah sama turut menjalani pembelajaran mereka di rumah. Oleh kerana kami pada masa itu hanya mempunyai satu komputer riba, kami perlu bergilir-gilir menggunakannya untuk belajar. Dari segi itu, agak sukar untuk saya memberi fokus sepenuhnya kerana tidak dapat menggunakan komoputer itu sepanjang masa."
- Umar Rasyideen Mohamed Salehin, yang bercita-cita menjadi ustaz.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map