Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cenderahati futuristik menanti penonton NDP tahun ini

NDP
Jun 07, 2016 | 12:50 PM



PEK cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini berciri futuristik - dengan kulit plastik lut cahaya, gelang tangan LED yang boleh disegerakkan secara wayarles dengan lampu dan bunyi persembahan perbarisan itu, serta majalah cenderamata terbenam dengan kandungan digital.



Kalis air dan ringan, cenderahati seberat 320g itu akan diletak di kerusi penonton tahun ini, bukan di pusat pengambilan, bagi melicinkan proses memasuki Stadium Negara bagi sambutan tersebut, kata penganjurnya pada Selasa (7 Jun).



Tali pek itu boleh diubah suai bagi menjadikannya sebagai beg sandang atau haversack.



Setiap pek cenderahati itu mengandungi 18 barang, dan antara barang menarik ialah objek interaktif seperti gelang tangan LED yang boleh diprogram secara wayarles agar segerak dengan lampu dan bunyi persembahan NDP.



Gelang itu juga boleh memancarkan lampu pelbagai paras kecerahan dalam 16 warna dan mod berbeza.



Majalah cenderamatanya juga memanfaatkan teknologi. Kandungan digital dibenamkan dalam majalah tersebut. Dengan menggunakan Aplikasi NDPeeps yang terdapat pada peranti mudah alih mereka, penonton perbarisan boleh mengakses kandungan seperti imej dan video melalui realiti yang diperkukuh.



Sebagai contoh, mereka dapat melihat video selang masa 3D evolusi Stadium Negara dengan menumpukan kamera di peranti mudah alih mereka pada gambar stadium dalam majalah itu.



Barang lain dalam pek cenderahati itu termasuk selendang Singapura dan buku diskaun, tag bagasi, 16 kad logo NDP, bendera Singapura pegangan tangan dan tatu muka.



Setiap pek juga akan berisi sebotol Airbaru, sebotol air mineral, kacang panggang, biskut Hello Panda, biskut Khong Guan, gula-gula herba Nin Jiom, kipas, tisu basah, tisu kering dan beg sampah.



Sambutan hari jadi Singapura tahun ini akan kembali ke Stadium Negara selepas 10 tahun. Ia menjanjikan acara kemuncak seperti penggunaan teknologi tanpa pengendali dan bunga api dalaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >