Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

CEO Bank of Singapore Bahren Shaari dilantik anggota penasihat Presiden

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CEO Bank of Singapore Bahren Shaari dilantik anggota penasihat Presiden

Jan 09, 2020 | 07:49 PM

KETUA Pegawai Eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA), disaksikan oleh Presiden Halimah Yacob.

Dalam satu pos di Facebook pada Khamis (9 Januari), Puan Halimah berkata Encik Bahren telah berkhidmat sebagai anggota bersilih ganti (alternate) CPA sejak April 2017.

Beliau menggantikan Encik Bobby Chin yang mengundur diri pada 1 Januari 2020.

“CPA memainkan peranan penting dalam tugas perlembagaan saya sebagai presiden.

“Saya akan mendapatkan pandangan berharga majlis ini sebelum menggunakan kuasa dalam semua perkara fiskal dan pelantikan pemegang jawatan penting, yang ditetapkan dalam perlembagaan.

“Saya akan bekerjasama rapat dengan CPA untuk terus menjaga rizab negara dan integriti perkhidmatan awam,” tambahnya dalam pos itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3