Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO baru bakal terajui FairPrice

* Vipul Chawla dilantik selepas pencarian global * Seah Kian Peng dilantik timbalan pengerusi Kumpulan Fairprice, dan pengerusi Yayasan Fairprice
Feb 18, 2022 | 05:30 AM



MANTAN President Antarabangsa Pizza Hut, Encik Vipul Chawla, 54 tahun, akan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan FairPrice Group (FPG), entiti yang menguruskan perniagaan pasar raya, premis makanan dan program ganjaran NTUC.



Dalam satu kenyataan semalam, FPG dan NTUC Enterprise (NE) mengumumkan bahawa Encik Chawla akan mengambil alih daripada CEO sekarang Encik Seah Kian Peng,60 tahun, mulai 5 April ini, mengakhiri pencarian sejagat yang menimbangkan calon-calon dari dalam dan luar negeri.



Encik Seah Kian Peng kini memegang dua peranan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan NE dan ketua pegawai eksekutif kumpulan FairPrice.



Beliau akan dilantik sebagai timbalan pengerusi FPG dan juga pengerusi, Yayasan FairPrice dan akan memberi tumpuan memacukan pertumbuhan dan transformasi di seluruh kelompok perusahaan sosial (SE) NTUC sebagai CEO kumpulan NE.



Menurut pengerusi NE Encik Lim Boon Heng, NE yakin Encik Seah akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan NE dengan dedikasi dan dorongan yang sama dalam mengubah FairPrice.



"Beliau telah menubuhkan pasukan yang bersepadu dalam pengurusan dan telah membangunkan rangka kerja yang kukuh untuk kesinambungan perniagaan dan kesan sosial," katanya.



Di sebalik tanggungjawab yang berat, beliau juga telah berkhidmat dengan dedikasi dan cemerlang dalam kedua-dua portfolio beliau untuk memudahkan transformasi perusahaan sosial NE di tengah-tengah cabaran gangguan pandemik serta mempercepatkan pembangunan kedai fizikal dan pertumbuhan runcit dalam talian FairPrice yang disokong oleh strategi rantaian bekalan yang teguh.



Kumpulan NE telah menjana pendapatan tahunan melebihi $9 bilion.



Ia juga secara berterusan mengembangkan pertumbuhan dan transformasi dalam semua kluster perusahaan sosialnya daripada enjin kewangan bagi NTUC Income dan Mercatus kepada kluster sosial bagi NTUC Health, NTUC First Campus, MoneyOwl dan NTUC LearningHub.



Pencarian global telah dijalankan untuk mengenal pasti pengganti bagi jawatan CEO Kumpulan FPGnya termasuk calon dalaman serta calon dari antarabangsa.



Menurut kumpulan FPG, transformasi berterusan FPG adalah inisiatif utama bagi mereka dan pengalaman antarabangsa Encik Chawla akan membantu FPG memacu cita-citanya untuk membina perniagaan saluran omni dengan pengalaman pelanggan yang unggul.



Beliau juga telah memegang peranan kepimpinan dalam syarikat Fortune 500 dalam industri barangan pengguna cepat laris (FMCG) bagi syarikat Unilever serta perkhidmatan makanan.



Beliau menyertai FPG dari syarikat Yum! Brands, dimana beliau berkhidmat sebagai presiden Pizza Hut Internasional yang berpangkalan di Dallas, Amerika Syarikat sejak 2018.



Dalam peranan itu, beliau menyeliakan pasaran global yang merangkumi lebih 100 negara dengan hasil sebanyak AS$7.5 bilion dan mempunyai 345,000 pekerja keseluruhannya.



Encik Chawla juga terlibat dalam transformasi perniagaan dan berjaya mengemudikan Pizza Hut Antarabangsa melalui cabaran pandemik.



Beliau juga memperjuangkan budaya yang berpacukan nilai yang dibina daripada pengiktirafan dan kepercayaan kepada para pekerja.



Menurut setiausaha agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, Encik Chawla Vipul telah menyokong beberapa inisiatif NTUC sebelum ini.



"Saya berbesar hati melihat keinginan kuat beliau untuk membawa FairPrice Group ke tahap yang lebih tinggi supaya kami dapat melayani ahli dan pelanggan kami dengan lebih baik.



"Saya tidak sabar bagi beliau terus memacu misi sosial kami dengan inisiatif yang membantu menyederhanakan kos sara hidup para pekerja dan keluarga mereka," serunya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >