MANTAN ketua eksekutif Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Ngien Hoon Ping menyertai lembaga SMRT secara rasmi semalam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SMRT semalam.
Beliau, yang menggantikan Encik Neo Kian Hong, pernah menjadi ketua eksekutif LTA dari 2016 hingga 2020, menurut SMRT semalam.
Pada hari pertamanya, beliau telah bertemu dengan kakitangan penyenggaraan landasan di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) sekitar satu hingga tiga pagi semalam.