Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO baru SPH Media Trust akan diumum dalam masa dua minggu: Khaw Boon Wan

Jan 27, 2022 | 06:46 PM



KETUA pegawai eksekutif (CEO) baru bagi SPH Media Trust (SMT) telah pun dipilih dan akan diumumkan dalam masa dua minggu mendatang, kata pengerusi, Encik Khaw Boon Wan pada Khamis (27 Januari).



Mendedahkan demikian di taklimat media, Encik Khaw berkata CEO sementara SMT, Encik Patrick Daniel, telah membuat pengorbanan besar apabila beliau bersetuju kembali bertugas ketika menjalani tempoh persaraan.



"Saya dapat faham kesukarannya sebab saya juga dalam tempoh persaraan dan kita bersara kerana ada sebab," jelas Encik Khaw, 69 tahun.



Encik Daniel, 67 tahun, bersara sebagai Timbalan CEO Singapore Press Holdings pada 2017.



Dalam tempoh perkhidmatan 30 tahun di syarikat ini, beliau menerajui beberapa jawatan termasuk Ketua Editor bagi Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil.



Encik Khaw menambah pencarian bagi CEO tetap bermula segera selepas beliau dilantik sebagai pengerusi SMT pada Mei tahun lalu.



"Kami telah tamat proses pencarian ini dan akan membuat pengumuman dalam masa seminggu dua ini, jadi terus bersama kami," katanya.



Pada Mei, Encik Khaw berkata CEO baru ini secara ideal adalah warga Singapura yang mesra digital atau mempunyai pengalaman dalam media digital.



Beliau menggambarkan tentang CEO ideal ini sebagai seseorang yang dapat membawa SMT ke arah masa depan sebagai pertubuhan media digital berbilang bahasa.



CEO haruslah seseorang yang dapat "memahami kedua-dua Timur dan Barat dan berjiwa Singapura - serta antara yang terbaik di dunia", katanya.



SMT, sebuah syarikat berhad dengan jaminan, dibentuk secara rasmi pada Disember lalu. Operasi media SPH disusun semula dan kesemua aset medianya termasuk Berita Harian dipindahkan ke SMT.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >