Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO firma pakaian sukan Fila Philippines ditemui mati di Hotel Fullerton Bay pada Sabtu

Apr 25, 2022 | 08:16 PM



SEORANG usahawan Filipina yang terbilang dan dikenali ramai ditemui mati di Hotel The Fullerton Bay awal dinihari Sabtu (23 April).



Cik Maricris Abad Santos Albert, 52 tahun, yang lebih dikenali sebagai Cris Albert, adalah ketua pegawai eksekutif (CEO) dan presiden Fila Philippines, yang memimpin syarikat pakaian sukan itu sejak 2007.



Ibu dua anak itu juga Presiden Isport Life dan Athlete's Gym & Dive serta pengasas MA Holdings.



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura dimaklumkan mengenai kejadian di 80 Collyer Quay itu sekitar 1.05 pagi, Sabtu lalu.



Cik Albert ditemui tidak sedarkan diri di tempat kejadian dan disahkan sudah tidak bernyawa oleh seorang paramedik.



Jurucakap polis menyatakan mereka sedang menyiasat kes kematian tersebut.



Fila Philippines mengesahkan kematiannya di Facebook pada Isnin (25 April).



Keluarganya memohon kepada semua orang agar menghormati privasi mereka dalam tempoh kehilangan ini, jelas pos Facebook itu. 



"Keterangan mengenai upacara pengkebumiannya akan dikongsi tidak lama lagi," tambah pos itu yang ditulis keluarga Abad Santos dan Albert.



Cik Albert dikatakan berada di Singapura bagi menghadiri acara di Hotel The Fullerton Bay pada petang Jumaat.



Berita kematiannya tular dalam kalangan masyarakat Filipina di media sosial hujung minggu lalu.



Beliau merupakan seorang tokoh yang membesar dalam industri fesyen.



Menurut laman Fila Philippines, ibunya adalah Cik Wanda Louwallien, mantan supermodel dan jurutari persembahan.



Laman biografi Cik Albert menjelaskan beliau menyertai Fila sebagai pengurus pemasaran pada 1992, sesudah tamat pengajian dengan ijazah sarjana muda pemasaran.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >