Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO baru NKF tekad beri 'penjagaan holistik'

Sep 07, 2017 | 12:42 PM



ENCIK Tim Oei yang menerajui Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bulan lalu berjanji untuk memberikan 'penjagaan holistik' kepada pesakit serta bekerjasama dengan agensi lain bagi "menangani meningkatnya penyakit ginjal".



Lulusan guaman yang mula menyertai sektor kebajikan AWWA sejak 2008 selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) sebelum dinaikkan pangkat selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) setahun kemudian, kini mahu memberi tumpuan untuk mengatur strategi masa depan dan enggan dibelenggu kontroversi NKF pada masa lalu.



"Saya tidak mampu mengubah masa lalu, ayuh kita beri tumpuan untuk bergerak ke depan," ujar Encik Oei, 58 tahun, yang berulang kali melahirkan keprihatinannya terhadap pesakit ginjal yang tetap memerlukan rawatan dalam apa jua keadaan.



Pengerusi NKF, Encik Koh Poh Tiong, menyifatkan Encik Oei sebagai seorang "yang memiliki hati", kriteria yang amat menonjol semasa pihaknya mewawancara lebih 50 calon sepanjang tempoh lima bulan untuk mengisi jawatan CEO itu.



Pada Disember 2016, NKF memecat CEO-nya, Encik Edmund Kwok, menyusuli "perbuatan peribadi tidak bijaksana" melibatkan seorang kakitangan lelaki.



Pada 2004, NKF dibelenggu skandal kewangan yang melibatkan CEO-nya, Encik T.T. Durai, yang didapati menyalahgunakan kuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >