Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO SBS Transit Downtown Line dituduh cederakan penunggang motosikal dan pembonceng dalam kemalangan jalan raya

Jun 23, 2021 | 10:10 PM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit Downtown Line dikatakan gagal memberi laluan ketika memandu kereta pada Februari lantas bertembung dengan motosikal.



Penunggang motosikal, Encik Hashim Hussein, 74 tahun, cedera dalam kemalangan itu, sementara pemboncengnya Cik Supariyah Salamat, 68 tahun, mengalami cedera teruk.



Keterangan lanjut mengenai kecederaan itu bagaimanapun tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Alex Goei Beng Guan, 62 tahun, didakwa dengan dua kesalahan di bawah Akta Trafik Jalan Raya dengan kesnya diperdengarkan di mahkamah daerah pada Rabu (23 Jun).



Tidak lama sebelum kemalangan itu sekitar 12.15 tengah hari pada 5 Februari, warga Singapura itu dikatakan sedang memandu sepanjang jalan susur Woodlands Road menuju ke Upper Bukit Timah Road bagi memasuki satu lagi jalan susur Ekspresewe Kranji menuku ke Ekspreswe Bukit Timah.



Goei dikatakan memandu tanpa bertimbang rasa terhadap orang lain yang turut menggunakan jalan raya itu dengan kemalangan itu berlaku.



Pada Rabu, akhbar The Straits Times bertanya kepada SBS Transit jika ia akan mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas Goei.



Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan, berkata:



"Alex Goei menyesali peristiwa malang itu. Ini bagaimanapun adalah perkara peribadi dan menanti perbicaraan guaman, jadi tidak sesuai buat kami memberi ulasan lanjut."



Menurut laman SBS Transit, Goei mula menyertai firma ini pada 1985.



Ia menambah: "Mulai September 1998, Encik Goei juga banyak terlibat dalam bida dan pelancaran LRT Sengkang Punggol dan Laluan Timur Laut dengan laluan tersebut merupakan sistem rel tanpa pemandu bawah tanah pertama di Singapura.



"Mengetuai trafik, khidmat penumpang dan operasi, beliau memainkan peranan penting dalam memastikan pembukaan NEL yang berjaya pada 2003."



Kes Goei ditangguh ke 30 Julai



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >