Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO SMRT: Kakitangan mahu lakukan yang terbaik

Budaya kesilapan manusia tidak lagi wujud dalam SMRT
Nov 17, 2018 | 05:30 AM



ISU 'budaya mendalam' berkaitan kesilapan atau kegagalan manusia yang digambarkan mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) SMRT, Encik Desmond Kuek, tidak wujud dalam SMRT, kata CEO baru, Encik Neo Kian Hong, semalam.



"Berdasarkan pengalaman saya, kakitangan kami mahu melakukan yang terbaik," kata Encik Neo kepada media semasa satu lawatan ke Depoh Kim Chuan SMRT dekat Paya Lebar Road.



"Saya tidak setuju dengan istilah (isu budaya mendalam) kerana itu bukan pengalaman saya apabila saya mendekati kakitangan," kata beliau.



Demi memastikan kakitangan memberikan khidmat baik, ia memerlukan kepimpinan yang baik dan juga pendekatan kakitangan, kata Encik Neo, lapor The Straits Times.



Mantan Panglima Pasukan Pertahanan itu menjadi CEO SMRT pada 1 Ogos lalu.



"Isu budaya mendalam" dalam SMRT menjadi perhatian tahun lalu apabila Encik Kuek - juga seorang mantan Panglima Pasukan Pertahanan - telah menggunakan isu itu untuk menjelaskan kelemahan dalam pertubuhan itu yang membawa kepada kejadian banjir dalam terowong pada Oktober tahun lalu.



"Sememangnya, kebanyakan gangguan utama pada masa lalu sebahagiannya atau semuanya, dikaitkan dengan kesilapan atau kegagalan manusia. Kami menyesal bahawa ia begitu," kata Encik Kuek ketika itu yang menjadi CEO SMRT pada 2012.



Semalam, Encik Neo berkata pengendali pengangkutan itu akan disusun semula menjadi lima kumpulan - Kereta Api, Kejuruteraan, Jalan Raya, Pengalaman dan Khidmat Korporat - dengan kumpulan Kereta Api merupakan terasnya.



"SMRT adalah penyedia khidmat pengangkutan awam. Perniagaan utama kami adalah untuk menguruskan dan mengendalikan khidmat kereta api.



"Mutu dan kebolehpercayaan khidmat rel kami akan mempunyai impak terhadap mutu kehidupan rakyat Singapura," kata Encik Neo yang merupakan Setiausaha Tetap bagi pembangunan pertahanan di Kementerian Pertahanan (Mindef) sebelum memegang peranan di SMRT.



"Kami merancang memperkukuh pertubuhan bagi mencapai hasil yang diharapkan dan terus memberi fokus kepada perniagaan teras kami, iaitu kereta api.



"Kami juga perlu mengembangkan keupayaan dan kapasiti kejuruteraan rel kami supaya bersiap sedia bagi masa depan," tambah beliau.



Encik Neo berkata kumpulan Kejuruteraan pula akan membantu membangunkan kejuruteraan operasi dan penyenggaraan, keupayaan logistik dan latihan, dan melaksanakan projek pembaharuan dan projek baru jangka panjang.



Ia juga akan meneroka teknologi dan proses inovatif.



Dengan memanfaatkan teknologi untuk mempunyai tenaga kerja yang terhubung, menggunakan analitik data dan membangunkan generasi pengurusan rantaian bekalan yang seterusnya, ini akan membolehkan SMRT terus maju pada masa depan, kata Encik Neo.



"Kami akan meneruskan ini dan usaha lain bersama rakan berfikiran serupa dan LTA (Penguasa Pengangkutan Darat) bagi membangunkan keupayaan kejuruteraan rel setempat yang sebenar," kata beliau.




"SMRT adalah penyedia khidmat pengangkutan awam. Perniagaan utama kami adalah untuk menguruskan dan mengendalikan khidmat kereta api. Mutu dan kebolehpercayaan khidmat rel kami akan mempunyai impak terhadap mutu kehidupan rakyat Singapura."
– Encik Neo Kian Hong, CEO SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >